Realtime website trackingweb stats

lelaki ini kongsi cara mudah buka buluh lemang guna lesung batu

Oleh SHAZLIN AZIZ

Selain cabut dan pasang hook langsir, kopek buka buluh lemang juga menjadi salah satu tugasan utama sebagai seorang lelaki.

Selalunya cara untuk buka buluh lemang akan menggunakan pisau atau parang.

Jika tidak kena cara, pasti buluh lemang itu tidak terbuka dan boleh mencederakan tangan.

Baru-baru ini tular beberapa klip video cara mudah untuk buka buluh lemang tanpa perlu menggunakan pisau, mahupun parang.

Cukup hanya menggunakan lesung batu sahaja.

lelaki ini kongsi cara mudah buka buluh lemang guna lesung batu

Menerusi video-video yang tular itu, lesung batu itu akan mengetuk pada bahagian ruas batang buluh lemang, iaitu di bahagian bawah buluh.

Semasa mengetuk, batang buluh itu dipusing-pusing dipercayai untuk memastikan seluruh batang buluh mempunyai rekahan.

Jika tidak yakin, boleh ketuk dari bahagian bawah, hinggalah bahagian atas batang buluh.

@salbiahak CARA MUDAH BUKA LEMANG #bukalemang #jomraya ♬ bunyi asal – Salbiah Abdul Kadir – Sal AK

Kemudian, batang buluh yang dikopek pada bahagian ruas, mahupun bahagian atas dapat dibuka dengan mudah sekali.

Walaupun diketuk-ketuk banyak kali, lemang di dalam batang buluh masih dalam keadaan baik, tidak terjejas dan pecah.

Kongsikan artikel cara mudah buka buluh lemang ini kepada ahli keluarga, sahabat-handai yang bakal menjadi ‘pengopek buluh lemang’ di rumah.

Selepas ini tiada masalah untuk membuka buluh lemang tanpa menggunakan sebarang peralatan tajam yang berisiko untuk mencederakan diri.

Cukup menggunakan sesuatu yang berat seperti lesung batu atau kiub bata.

BACA: Tukang masak kongsi tip jika terkena minyak panas, hanya guna bahan ada didapur je untuk sembuh