Kelmarin, selepas sebuah kemalangan berlaku, seorang lelaki yang berusia 42 tahun terlibat dalam kemalangan dengan penghantar makanan.
Dia tidak hanya ditarik keluar dari keretanya oleh orang awam, tetapi juga diikat tangannya dan dipukul sehingga mati.
Kemalangan tragis itu berlaku di Taman Pelangi Semenyih 2.
Polis menerima maklumat pada jam 9.20 malam mengenai insiden tersebut.
Proton Saga kelabu yang dipandu oleh lelaki itu didapati terbabas dan melanggar pagar kawasan perumahan, dan mangsa ditemui terbaring di jalan dengan tanda-tanda tangan diikat.
“Pihak ambulans yang hadir mengesahkan mangsa meninggal dunia dan siasatan turut dijalankan Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang di lokasi,” katanya dalam kenyataan.
Mohd Zaid memberitahu bahawa ada terdapat orang yang tinggal di kawasan perumahan melihat orang yang terkena kemalangan, ditarik keluar dari kereta oleh beberapa lelaki dan kemudian dipukul.
“Kemudian, tangan mangsa diikat sambil terbaring di tengah jalan berhampiran kenderaan, namun apabila kenderaan Peronda Polis (MPV) tiba, semua individu di lokasi mulai beredar.
“Pasukan Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman hadir ke lokasi kejadian bagi menjalankan pemeriksaan lanjut,” katanya.
Menurutnya, beberapa sampel darah berserta jejak cap jari telah diambil, dan dua helai benang berwarna hijau/coklat juga dirampas untuk penyiasatan lanjut.
“Bertindak atas maklumat dan siasatan, polis menahan lima lelaki berusia 25 hingga 52 tahun pada 2.05 pagi tadi di sekitar Semenyih dan Beranang.
“Semua tangkapan direman lima hari sehingga 25 Februari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.
Menurut Zaid, pembedahan untuk menyiasat mayat mangsa telah dilakukan di Hospital Serdang.
Sehingga kini, kejadian ini dipercayai bermula dari kemalangan pertama yang berlaku berdekatan dengan lokasi kejadian.
“Mangsa melarikan diri dan dikejar oleh orang awam tetapi sehingga kini tiada pihak yang tampil membuat laporan mengenai kemalangan pertama.
“Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh berhubung terus dengan Pegawai Penyiasat kes Asisten Superintendan Redzuan Mat Salleh di talian 013-7854100 (Bahagian Siasatan Jenayah IPD Kajang) dan Inspektor Ammar Tahir dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik di talian 018-2194013,” katanya.
Baca:
4 sebab kenapa tidak digalakkan hidup menyewa terlalu lama, no 2 sangat penting