Realtime website trackingweb stats

Leher berlubang kerana bertahun ‘berasap’, kisah Terrie Hall ini mungkin ramai perokok tegar tak tahu

Oleh NOR SITI HAZLINDA

Perokok tegar mungkin ramai tak tahu atau malas ambil tahu bahawa lehernya nanti boleh berlubang menderita kanser mulut gara-gara hobi ‘berasap’ puluhan tahun.

Itu yang dialami oleh Terrie Hall yang mula merokok sejak berusia 13 tahun. Dia meneruskan tabiat merokok sehingga berusia 40 tahun.

Pada masa itu, ibu kepada seorang anak ini boleh menghabiskan dua bungkus rokok dalam tempoh sehari.

Mencecah usianya 40 tahun, dia disahkan menghidap kanser mulut dan terpaksa menjalani radioterapi.

Sakit tekak Terrie benar-benar menyeksanya dan dia menyedari itu semua akibat terlalu banyak merokok. Namun, dah nama pun ketagih, Terry masih tidak dapat menjauhi rokok walaupun sudah disahkan menghidap kanser itu.

Terrie bercerita pada Jun 2000, radioterapi telah selesai dan enam bulan kemudian terdapat ketumbuhan dalam bahagian laring.

“Doktor beritahu bahawa beliau akan mengeluarkan kotak suara saya, ya itu semua kerana kanser,” kata Terrie suatu ketika dahulu.

Selepas pembedahan mengeluarkan kotak suaranya, Terrie terpaksa dirawat di ICU selama beberapa hari.

Apabila dia sedar, dia berasa sakit yang amat sangat. Walaupun dia membuka mulutnya, tiada satu pun perkataan yang dapat keluar dari kerongkongnya. Malah, dia berasa seperti tidak boleh bernafas!

Leher Terrie kemudiannya mempunyai lubang yang dipanggil laryngectomee. Lubang itu digunakan untuk memasang alat untuk membantunya bernafas dan bercakap. Sejak itu, baru dia akhirnya berhenti merokok.

Sejak berhenti merokok, Terrie aktif dalam kegiatan sosial dan advokasi termasuk di sekolah-sekolah berkongsikan tentang bahaya merokok. Malah, anak perempuannya juga sudah berhenti merokok.

“Ia benar-benar membanggakan saya. Saya telah melakukan sesuatu yang positif iaitu menyelamatkan nyawa orang lain yang terperangkap dengan jenayah merokok,” katanya.

Dalam video yang dirakam sejurus sebelum kematiannya pada 2013, Terrie berkata dia menyesal pernah merokok.

@this.our.planet People before and after smoking😳🌏#smoking #incredible #interesting ♬ never slowed – slowedaudios🖤🤍

Baca:

Hilang selepas keluar dari MRT Sungai Buloh, rupanya dua hari kena ‘culik’ tak jumpa jalan pulang

Bertekak pun tak guna, benda dah jadi, ikuti 9 perkara patut buat kalau kemalangan jalan raya

Guna 5 bahan saja dapat donut gebu, jimat masa tak payah pun rehatkan doh