Realtime website trackingweb stats

Lautan manusia kerumun TRX demi David Beckham, disambut dengan sorakan meriah

Oleh ADINDA

Aura bekas bintang bola sepak Inggeris, David Beckham sememangnya sukar dibendung apabila ratusan penyokong bola sepak tanah air menyerbu ikon itu sebaik membuat kemunculan di pusat membeli belah Tun Razak Exchange, TRX, hari ini.

Keseronokan penyokong bola sepak tanah air ketika bertemu dengan bekas bintang bola sepak Inggeris, David Beckham, di pusat membeli-belah Tun Razak Exchange, TRX, semalam sememangnya sukar untuk dibendung.

Walaupun kedatangan bekas pemain berusia 49 tahun itu tidak diketahui secara meluas di media sosial, namun penyokong bola sepak tempatan yang mengenali Beckham akan hadir di pusat membeli beli terbabit untuk menyambut kedatangannya sejak awal pagi.

Lautan manusia kerumun TRX demi David Beckham, disambut dengan sorakan meriah

Beckham diterima dengan sorakan dari orang ramai apabila muncul pada jam 6 petang dan sempat beramah mesra dengan peminatnya di pusat membeli beli tersebut.

Kehadiran bekas pemain Manchester United dan Real Madrid pada petang itu adalah untuk merasmikan pameran jenama kasut sukan antarabangsa yang menyambut ulang tahun ke-30.

Terdahulu, Beckham menghabiskan masa bersama pemain bola sepak wanita negara semasa Program Bolasepak Wanita Malaysia (AMGFP) di Kelab Diraja Selangor, Bukit Kiara, pagi semalam.

Kehadiran bekas pemain itu dinanti-nantikan oleh penyokong bola sepak tempatan yang tidak sabar untuk bertemu dengan bintang terkenal dunia itu secara langsung.

Selain itu, Beckham juga memberikan kata-kata semangat dan motivasi kepada pemain bola sepak wanita untuk meningkatkan semangat mereka pada masa akan datang.

Baca:

Cukup lengkap! Rumah BCL umpama syurga, punyai kemudahan peribadi sentuhan Eropah

Tak usahlah umpan pelayan seksi, Ustaz Azhar Idrus kongsi 3 ‘pelaris’ kedai makan

Tak usahlah umpan pelayan seksi, Ustaz Azhar Idrus kongsi 3 ‘pelaris’ kedai makan