Realtime website trackingweb stats

‘Lari aje, hidup kan macam tu’ – Doktor ini kongsi rahsia mudah detoks dirpaOh

Oleh ABDULLAH HAMID

Ada yang orang keluar duit ratusan ringgit untuk detoks tubuh sedangkan aktiviti lari adalah cara paling mudah dan selamat untuk buang toksin.

Hanya bagi yang berat 100 kg ke atas, lebih elok mulakan dengan brisk walking.

Dah turun berat badan sikit, boleh mulakan dengan slow jogging.

'Lari aje, hidup kan macam tu' - Doktor ini kongsi rahsia mudah detoks diri

Jangan lupa pilih kasut yang sesuai sebab ada yang lari tapi pakai kasut badminton, kasut converse.

Paling penting jaga makan. Jangan lepas lari, belasah makan roti canai 3 keping.

Ikuti tips daripada Dr Erna Nadia ini mengenai pengalamannya yang konsisten berlari:

Doktor, macam mana nak mula lari?

Jawapan saya lari saja.

Exercise yang senang, simple dan membakar kalori secara keseluruhan dan bagus untuk jantung adalah brisk walking dan jogging.

Pakai pakaian sukan, tak kisah macam mana janji menutup aurat untuk yang Muslim.

Saya sarankan baju tshirt sukan, seluar track yang selesa dan kasut.

Kasut sukan ni ikut poket masing-masing. Tak perlu ikut orang dan tak perlu mahal mahal.

Asal selesa. Kemudian lari sajalah.

Kalau tak biasa berlari, mulalah dengan larian biasa, santai santai dulu.

Kemudian bila dah hari-hari lari, nanti sendiri akan tahu untuk tambah kelajuan atau tambah jarak. Tak perlu paksa.

Sehari dapat brisk walk atau jogging setengah jam pun okey.

Bila dah biasa berlari nanti akan rasa enjoy.

Saya memang dari kecil suka berlari sebab itu jadi atlet sekolah.

Ini sahaja sukan yang saya enjoy, selain bola jaring, bola tampar dan lompat tinggi.

Kalau main bola jaring, bola tampar pun saya akan jadi center je sebab saya kuat lari.

Dulu-dulu suka pecut, jadi masuk 100m, 200m, 400m.

Dah berusia ini saya enjoy long distance run/jog.

Ada kata saya lari laju tapi itulah pace yang saya selesa.

Masa lari jauh, saya layan lagu. Pasang airpods dan lari sampai habis.

Bila penat, saya jalan dan minum air kemudian sambung lari lagi.

Tiada tips apa pun. Jawapannya adalah lari aje. Hidup kan macam tu.

Jalan aje. Tak usah banyak tapi tapi. Tak usah banyak soal. Kalau betul nak buat pasti akan buat. Kan?

Senaman ni bukan sebab kita nak kurus tapi kena tanamkan pada diri sebab nak sihat dan kuat.

Cara detoks paling baik adalah dengan bersenam dan berpeluh. Bagus untuk jantung, otak, otot dan tulang.

Cubalah.

Kalau rasa tak ada masa lari di luar, lari dalam rumah atau buatlah senaman dalam rumah.

Pasang Youtube dan ikutlah langkah dengan betul. Boleh buat dengan anak-anak dan pasangan. Syok tau.

Ikutlah senaman apa yang kita suka dan selesa ya.

Tak perlu ikut sesiapa dan tak perlu rasa stres.

Baca:

Gaul-gaul je dah siap, resepi lejen kerabu lawar jadi kegemaran ramai

Bahaya makan tunas kentang, ini sebabnya, no 5 paling bahaya

Sardin goreng lauk simple tapi sedap tak terkata