Zionis Israel sudah mengganas dengan melakuan serangan bom bertubi-tubi sejak 7 Oktober lalu. Alasannya, mahu menghapuskan pejuang Hamas.
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu marah betul dengan kejutan Hamas apabila melancarkan serangan terbesar sejak Israel dan Hamas berperang selama 10 hari pada 2021.
Netanyahu tak dapat menerima impak kekuatan gabungan gerakan pejuang melintas sempadan dan bedilan ribuan roket dari Genting Gaza.
Namun, ini pendapat pakar dan aktivis bahawa Israel dikepalai Netanyahu tidak mudah untuk menghapuskan Hamas:
1. Profesor kajian strategik di Lumsa Master School–University, Matteo Bressan:
– Peperangan Hamas dan Israel sejak 7 Oktober adalah jenis peperangan hibrid baharu.
– Dapat melancarkan 6,000 roket ke Israel dan jumlah itu menunjukkan keupayaan ketenteraan yang tidak pernah dimiliki Hamas pada masa lalu.
– Hamas terbukti berjaya sudah melakukan 20 serangan di 20 kampung berbeza sekaligus bermakna kumpulan itu mempunyai latihan dan persediaan yang jelas untuk melakukannya.
– Briged Qassam, sayap bersenjata Hamas, berkata mereka menyasarkan roket ke reaktor nuklear Israel dan kemudahan penyelidikan di Dimona, kali pertama mereka melakukannya.
2. Komander pasukan khas Amerika Syarikat (AS), Demetries Andrew Grimes:
– Hamas sudah bersiap sedia untuk peperangan kali ini agak lama dan menembak banyak roket.
– Banyak bateri roket Hamas tertimbus di bawah tanah atau dikerahkan melalui rangkaian terowong di bawah Gaza.
– Matlamat Israel untuk memusnahkan Hamas sebagai “usaha yang amat mencabar”.
3. Ketua Pegawai Eksekutif Persatuan Cinta Gaza Malaysia (CGM), Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman:
– Serangan berani oleh pejuang Hamas terhadap Israel disifatkan sebagai satu tindakan bersistematik berbanding penentangan sebelum ini.
– Kekuatan yang ada pada pejuang Hamas dan Briged Al-Qassam kerana mereka disokong oleh rakyat yang berada di sekelilingnya.
– Mujahidin melalui proses untuk menjadi lebih sistematik dan teratur dalam tindakan ketenteraan.
– Depo simpanan roket para mujahid tidak lagi menggunakan rumah dan bangunan sebaliknya mereka menyimpan di bawah tanah di kawasan selamat. Lebih teratur dan praktikal.
– Kawasan sekolah dan hospital yang dibom oleh Zionis kerana didakwa menjadi tempat perlindungan pejuang Hamas, adalah kenyataan tidak tepat.
Baca:
Afieq Shazwan rupanya seminggu murung babak ‘panas’ dikecam, ini nasihat Kak Fasha
Penolong pegawai penyiasat trafik sanggup datang rumah, ini makna mudahkan urusan orang
Selepas rakam gambar korban keganasan penjajah, giliran jurugambar Palestin ini pula berduka