Orang yang suka memasak selalunya ada pokok-pokok di rumah yang digunakan sebagai bahan masakan. Salah satu pokok yang penting sudah pastinya ialah pokok kari.
Kari bukan sahaja untuk masak kari atau gulai, tetapi juga untuk masakan lain seperti ‘butter milk chicken’, ayam goreng berempah, dan lain-lain.
Namun, masalah yang kerap dialami oleh pokok kari ialah penyakit ‘bintik hitam’ yang menyerang daunnya dengan cepat.
Akibat penyakit ini, daun-daun yang lebat akan gugur dan pokok kari akan mati.
Mungkin ramai yang pernah mengalami situasi serupa.
Jadi apa kata anda cuba petua hasil perkongsian Nursyarha MH di laman Facebook Berkebun D Rumah untuk dijadikan panduan bersama.
Jangan biarkan daun yang ada bintik hitam. Kalau tak dibuang, nanti akan berjangkit pada daun lain.
Selepas tu, siram pokok kari macam biasa. Gunakan air beras, air dari basuhan ikan atau udang, kulit telur, air kopi yang dah guna, kulit bawang dan lain-lain.
Bahan-bahan ini seperti baja untuk pokok.
Tanam tiga biji bawang putih yang ditumbuk dalam tanah sekeliling pokok kari.
Boleh elak serangga dan ulat datang.
Boleh juga tabur serpihan kayu pensel yang tajam.
Sama seperti bawang putih, serpihan kayu ini pun elakkan serangga yang tidak suka bau bahan-bahan tu.
Dalam dua minggu, tunas baru akan muncul.
Jangan letakkan pokok di tempat yang gelap kerana ia merupakan salah satu sebab pokok dipenuhi bintik hitam.
Sebulan kemudian, daun pokok kari akan tumbuh dengan lebat.
Boleh gunakan racun organik kalau nak elak serangga serang pokok kari.
Cuba sendiri, memang pokok kari akan jadi lebih cantik. Selamat mencuba!
Baca:
Ini rupanya sebab bayi banyak menendang
Tampil ‘mewah’ di Met Gala, pereka fesyen ambil masa 1905 jam siapkan baju Alia Bhatt