Realtime website trackingweb stats

Lain macam kafe ini, mungkin peniaganya introvert, ada yang sibuk cari lokasi ‘standby’ Ramadan

Oleh SHAZLIN AZIZ

Lain macam lagi kreatif cara sebuah kafe di Kuala Lumpur ini melayan pelanggan sehingga ada yang berseloroh menganggap mungkin peniaganya seorang introvert.

Dalam masa sama, mereka yang liat untuk berpuasa juga sibuk mahu tahu lokasi kedai ini kononnya sebagai ‘persediaan’ bulan Ramadan.

Tak pernah orang buat, dia buat. Strategi pemasaran ini memang dilihat menarik perhatian orang ramai bukan hanya kerana pemilik kafe seorang yang suka menyendiri.

Ada yang berseloroh berkata, biasa cucuk dinding keluar duit iaitu mesin ATM tetapi pendekatan kafe ini memang ramai rasa ingin cuba membeli.

Malah, ada memberitahu pernah tular di Indonesia dan Jepun sudah terdapat peniaga minuman yang juga buat cara sama.

“Geng plastik hitam cukup suka ni.

Lain macam kafe ini, mungkin peniaganya introvert, ada yang sibuk cari lokasi 'standby' Ramadan

“Nanti orang pelik. Apalah yang minah ni buat dok berdiri menghadap dinding. Padahal, tengah tunggu order siap.

“Lebih kurang macam Ahli Mesyuarat Tingkap.

“Entah-entah orang Rohingnya yang jual.

“Ulat dalam batu pun boleh hidup. Inikan introvert dari celah lubang,” usik warganet.

Kafe dinding dengan lubang tersembunyi ini namanya Jamboo yang beralamat di 19G, Jalan Tun H S Lee, Kuala Lumpur.

Bermacam jenis minuman boleh dipesan menerusi lubang itu yang dibuka setiap hari bermula jam 9.30 pagi hingga 6.30 petang.

Segala ‘tag’ nama minuman ada digantung di dinding luar. Pilih jenis minuman dan hulurkan tag itu kepada pelayan melalui lubang serta buat bayaran.

Apabila siap, pesanan akan dihulurkan melalui cara yang sama. Memang kreatif!

Baca:

Ada budak sampai dekat 3 jam menjerit tahan sakit, ini 4 contoh kes ‘ancaman’ di tandas

Panadol itu hanya jenama paracetamol, sama macam mi segera yang selalu disebut ‘megi’

Telan bawang putih saja rupanya, ini petua ‘rare’ hilangkan sakit kaki dan buang angin