Realtime website trackingweb stats

Laici Kang penyejuk tekak, buat sendiri puas hati isi banyak!

Oleh ABDULLAH HAMID

Terdapat banyak jenis minuman yang menyegarkan untuk berbuka puasa yang menarik untuk dicuba, salah satunya adalah minuman pencuci mulut laici kang yang boleh dinikmati panas atau sejuk.

Laici kang atau leng chee kang merupakan campuran bahan yang dimasak dan direndam dalam sup manis.

Setiap pembuat mungkin menggunakan bahan yang berbeza, tetapi biji teratai selalu menjadi bahan utamanya.

Laici Kang penyejuk tekak buat sendiri puas hati isi banyak

Tambahan pula, anda boleh menambahkan longan kering, biji barley, agar-agar, dan gula batu sebagai bahan tambahan dalam sup tersebut.

Bahan-bahan:

– Biji selasih
– Barli
– Getah anggur
– Kundur
– Kulat kering
– Kismis
– Kembang semangkuk
– Longan kering
– Gula batu
– Gula kabong

Cara penyediaan laici kang:

1. Biji selasih dan kembang semangkuk saya rendam hingga kembang.

2. Bahan lainnya saya rebus.

3. Masuk sehelai daun pandan nak bagi wangi.

4. Kemudian, biar ia sejuk.

Dengan rasa segar dan manisnya, laici Kang bukan sahaja menyegarkan tekak tetapi juga menambahkan keseronokan kepada hidangan sepanjang hari.

Sumber: Ariff Budiman Zainal Abidin

Baca:

Jasmine Suraya terpaksa jual kereta tanggung kos pengajian, ini reaksi Menteri Komunikasi

Untung berkali ganda, sikap tamak peniaga ‘mark up’ harga nasi di aplikasi Grab raih perhatian

Kuih bertaburan atas jalan, tangan cedera dan kereta ‘total loss’ – Peniaga bazar Ramadan ini akan bangkit semula