Cindai yang merupakan lagu popular Datuk Siti Nurhaliza rupanya sejenis kain yang kalis peluru dan tikaman.
Jangan cepat anggap mengarut gara-gara bandingkan dengan peluru moden M16 AK47.
Peluru yang ditembak dari senjata api bangsa Melayu dahulu adalah bulat atau sedikit bujur.
Terakol atau pemuras dan istinggar mempunyai jarak efektif 30 hingga 40 kaki saja.
Ikuti perkongsian Khai berkenaan cindai ini:
Kain cindai merupakan hasil teknologi nano serat yang kalis api dan tikaman pertama dunia yang dimiliki oleh bangsa Melayu.
Nenek moyang kita mendahului masa. Mereka telah pun menguasai teknologi serat nano teknologi melalui penciptaan kain cindai.
Kain cindai ini juga turut dikenali sebagai kain limar.
Merujuk kepada Dewan Bahasa dan Pustaka, perkataan cindai adalah merujuk kepada sejenis kain sutera yang bertenun dan bercorak bunga-bunga yang menyerupai corak ular sawa.
Tahukah anda, di sebalik sehelai kain cindai, tersembunyi teknologi hebat?
Dikatakan asal usul kain cindai bermula pada abad ke-14 atau 15 iaitu pada zaman Kesultanan Melayu Melaka.
Kehebatan yang dimiliki oleh kain cindai ini adalah terletak kepada kemampuannya yang kalis kepada tikaman senjata tajam kepada individu yang memakainya.
Selain itu, kain cindai ini juga adalah kalis api.
Kehebatan kain cindai bukan disebabkan unsur mistik yang terdapat pada kain tersebut tetapi teknologi nano ketika pembuatan tersebut.
Semasa proses tenunan, kain cindai akan ditenun secara ikat berkembar yang tinggi pada setiap inci tenunan.
Hal ini menjadikan kain Cindai tersebut mempunyai kemampuan kalis kepada tikaman.
Selain itu, rahsia kekuatan dan ketahanan kain juga adalah melalui serat nanas yang digunakan ketika proses pembuatannya yang bertindak membentuk serat seperti kevlar bagi tujuan kalis tikaman dan api.
Selain itu, kain cindai juga turut digunakan sebagai sistem pertahanan diri melalui selempar kain Cindai yang digunakan untuk menangkis serangan secara tikaman oleh pihak musuh yang menyerang.
Malah, terdapat juga silat yang dikenali sebagai Gerakan Jurus Cindai.
Untuk menghasilkan kain cindai bukan sebarangan orang yang mampu untuk membuatnya.
Hanya mereka yang mempunyai kepakaran dan kemahiran untuk membuat kain cindai ini dengan sempurna.
Terengganu satu ketika dahulu merupakan negeri pengeluar kain cindai yang terkenal.
Pada masa sekarang, permintaan kain adalah amat tinggi disebabkan kesukaran untuk mendapatkannya atas faktor tidak banyak pembuat kain ini.
Malah, kain cindai juga menjadi buruan pengumpul barang-barang antik dan mereka yang menggemari unsur-unsur mistik.
Lebih membanggakan lagi adalah, daripada teknologi purba orang Melayu inilah kemudian saintis telah mengolahnya sehingga terciptanya bahan yang keras seperti marmar yang digunakan untuk pembuatan lapisan luar kapal angkasa.
Bahan ini walaupun dibakar pada suhu 2,000 darjah cesius hingga merah tapi tetap sejuk untuk dipegang dengan tangan.
Kehebatan yang dimiliki kain cindai ini adalah sebahagian daripada pencapaian peradaban hebat nenek moyang kita pada masa dahulu.
Baca:
Semua orang boleh buat duit, tapi kena ada 2 syarat ini macam Khairul Aming
Awas! Simptom bengkak atau benjolan mungkin tanda awal kanser NPC
Cepat buruk dan busuk! Ini rupanya cara simpan pisang elak cepat lebam