Realtime website trackingweb stats

Lagu ‘Nadi’ buat Siti Nurhaliza menitiskan air mata, rupanya ada kaitan dengan Aafiyah

Oleh FATIN AQILAH

Datuk Seri Siti Nurhaliza, penyanyi terkenal negara, tidak dapat menahan perasaan sedihnya ketika membawakan lagu terbaru dari album terbarunya yang bertajuk “Nadi” dalam album Sitism.

Pada sebuah majlis pelancaran album solo ke-20 oleh Siti bertajuk “Sitism” telah diadakan. Album ini mengandungi 12 lagu termasuk “Menyapa Dunia,” “Tanpa Diri-Mu,” “Sehebat Matahari,” “Ganti,” “Romansa Kita,” “Teratas,” “Menjaga Cintamu,” “Magis,” “Senyawa,” dan banyak lagi.

Melalui perkongsian video di platform TikTok F8Buzz, Siti terlihat sedang menyanyikan lagu-lagu dari album terbarunya itu semasa majlis pelancaran.

Namun, ketika menyanyikan lagu tersebut secara langsung untuk kali pertama, Siti kelihatan menitiskan air mata dan mengalami kesukaran dalam menyampaikannya dengan sepenuhnya.

Siti Nurhaliza Tarudin, yang berusia 44 tahun, menjelaskan bahawa dia berasa terharu kerana teringatkan kepada anak sulungnya, Siti Aafiyah.

“Saya teringat Aafiyah. Saya minta maaf, saya tak boleh.” jelas Tokti yang sebak dan tidak dapat meneruskan semula nyanyiannya.

Diketahui bahawa lagu yang diberi judul “Nadi” memiliki cerita tersendiri yang erat kaitannya dengan anaknya.

Pertama kali menyampaikannya secara langsung, lagu ini dinyanyikan oleh Tokti ketika beliau hadir di sesi media untuk pelancaran album Sitism pada petang Rabu (semalam).

Kejadian ini menjadi viral di media sosial, dan ianya direkodkan dan dikongsi melalui video yang dimuat naik di akaun TikTok milik stesen televisyen, Astro Awani.

@f8buzz Sebak biduanita negara kita teringatkan anaknya Aafiyah ketika menyanyikan lagi Nadi di pelancaran album Sitism. Kata @Siti Nurhaliza lagu itu mmg untuk anaknya 🥰 #f8buzzhiburan #sembangentertainment #sitism #sitinurhaliza ♬ original sound – F8Buzz

Kejadian ini telah mencetuskan perbincangan hangat, dengan ramai penonton video tersebut berkongsi perasaan simpati terhadap penyanyi terkemuka negara ini.

Ini disebabkan oleh banyak peminat yang berpendapat bahawa lagu “Nadi” menggambarkan perjuangan Siti Nurhaliza selama 11 tahun untuk mendapatkan zuriat.

“Siti mesti menangis sebab teringatkan anak, lagu ini bertajuk Nadi. 11 tahun penantian zuriat. Anak-anak adalah nadi Siti,” kongsi seorang penonton.

“Ya Allah, inilah kali pertama tengok Tokti menyanyi rosak habis. Tetapi tidak mengapa. Kita faham, soal zuriat memang sensitif.” Kata peminat lain.

Bagi pegetahuan semua, Tokti mengakhiri zaman bujangnya pada 21 Ogos 2006 selepas berkahwin dengan tokoh korporat terkemuka, Datuk Khalid Mohamed Jiwa.

Setelah menantikan begitu lama, penyanyi yang terkenal dengan lagu “Comel Pipi Merah” itu akhirnya selamat melahirkan anak pertama mereka, Siti Aafiyah, pada Mac 2018.

Baca:

‘Tuang’ lebih RM1,300 ke dalam terusan, tindakan pelik warga emas ini tidak patut dicontohi

Gempar budak pandu kereta lebih 300 km, rupanya ini punca dua beradik ini merajuk

Tak sangka memang ada orang jual karipap oksigen, rupanya ramai tak makan inti