Seorang pemandu e-hailing dilaporkan hilang sejak Khamis lalu selepas memaklumkan akan menghantar penumpang ke Teluk Intan, Perak.
Menurut abang mangsa, Syahrul Ashraf Dahlan, 33, iaitu Saiful Azwan, mangsa yang telah berkahwin dan tinggal di Pandan Indah, Ampang,
Kuala Lumpur tidak dapat dihubungi oleh ahli keluarga, termasuk isterinya.
Saiful Azwan berkata, kali terakhir dia bercakap dengan adiknya adalah pada Khamis lalu, di mana Syahrul memaklumkan bahawa dia akan menghantar penumpang ke Teluk Intan.
“Kali terakhir saya dapat menghubunginya melalui WhatsApp, dan dia tidak mengadu tentang sebarang masalah.
Selepas itu, pada keesokan harinya, saya tidak dapat menghubunginya lagi hingga ke hari ini, walaupun dia telah menyatakan kemungkinan untuk menghantar penumpang ke Teluk Intan,” katanya.
Mereka telah membuat laporan polis di Balai Polis Pandan Indah pada Ahad lalu. Saiful berharap orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat dapat tampil membantu keluarganya.
“Dia tidak pernah hilang seperti ini dan tidak mempunyai masalah keluarga. Isteri dan empat anaknya yang berusia sembilan hingga dua tahun sentiasa menanti kepulangannya. Jika ada maklumat mengenai keberadaan Syahrul Ashraf, diharap dapat menghubungi saya di talian 017-6328457,” ujarnya yang menetap di Melaka.