Realtime website trackingweb stats

Lagi kes hina Agong, lelaki ‘famous’ ini didakwa di mahkamah

Oleh ABDULLAH HAMID

Wan Muhammad Azri Wan Deris, yang dikenali sebagai Papagomo dan dahulu merupakan EXCO Pemuda UMNO, telah tiba di Kompleks Mahkamah hari ini.

Dia dihadapkan dengan tuduhan membuat kenyataan yang menghasut dan menimbulkan kebencian terhadap Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.

Papagomo yang memakai baju biru dan seluar hitam telah dikawal ketat oleh polis sebelum dibawa masuk ke dalam lobi mahkamah pada jam 8.55 pagi.

Beliau kelihatan tenang sewaktu orang media ambil gambar dan video dia.

Dia dipanggil oleh polis semalam berkenaan dengan tuduhan menyebarkan kenyataan yang menghasut melalui akaun ‘Sir Azri’ di aplikasi X.

Lagi kes hina Agong, lelaki 'famous' ini didakwa di mahkamah

Dia akan dituduh mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948.

Sementara itu, peguam pembela Papagomo, Muhammad Rafique Rashid Ali, telah mengesahkan bahawa anak guamnya telah dibawa ke mahkamah pagi ini kerana dituduh melanggar undang-undang yang berkenaan.

Menurut laporan BH, polis telah menahan Wan Muhammad Azri semalam kerana disyaki membuat kenyataan yang mengaibkan Yang di-Pertuan Agong.

Kenyataan tersebut ditemui dalam sebuah video selama dua minit 46 saat yang menunjukkan Papagomo didakwa mempersoalkan tindakan Agong dalam pertemuan dengan pemilik kedai serbaneka KK Mart di Istana Negara.

Video tersebut juga mendakwa bahawa Raja itu memerintahkan Badrul Hisham Shaharin atau Chegu Bard, ahli Jawatankuasa Penerangan BERSATU, dituduh di mahkamah mengikut Akta Hasutan 1948.

Berdasarkan apa yang telah dipaparkan di laman Facebook Sultan Ibrahim sebelum ini, Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan, telah meminta maaf kepada baginda dan semua umat Islam berkenaan dengan isu penjualan stoking yang mengandungi kalimah ‘Allah’ di beberapa cawangan kedai serbaneka itu.

 Baca:

Spesies manusia bakal pupus, rupanya semua benua di Bumi akan bercantum, hasil kajian ini mengejutkan

Mula cerita pasal rempit akhirnya masuk pusat dialisis, ini perkara perlu anda tahu tentang suplemen

Buat sendiri jeruk mangga rangup tanpa bahan pengawet, barulah tak sakit tekak