Restart atau mematikan dan menghidupkan semula telefon pintar hanya mengambil masa beberapa minit, namun begitu ia adalah sesuatu yang jarang kita lakukan.
Biasanya, pengguna hanya akan restart apabila telefon pintar mereka mengalami masalah seperti lagging, screen freeze dan sebagainya.
Walau bagaimanapun, Agensi Keselamatan Kebangsaan (NSA) Amerika Syarikat menyeru pemilik telefon pintar untuk restart peranti mereka sekurang-kurangnya sekali seminggu.
Menurut NSA, ini dapat membantu melindungi peranti daripada percubaan penggodaman tertentu.
Sebagai contoh, pencerobohan atau serangan malware melalui spear phishing (penjenayah menyamar sebagai individu tertentu)
dan zero-click exploits (jenis serangan siber canggih yang beroperasi tanpa memerlukan sebarang interaksi langsung daripada pengguna sasaran), boleh dihalang dengan restart peranti secara manual.
Namun, restart sahaja tidak mencukupi untuk memastikan telefon pintar anda selamat.
Berikut adalah beberapa tip berguna bagi memastikan peranti anda dilindungi, seperti yang disarankan oleh NSA:
1. Install sebarang kemas kini secepat mungkin.
2. Nyahaktifkan Wi-Fi dan Bluetooth jika tidak menggunakannya.
3. Elakkan menggunakan rangkaian Wi-Fi awam.
4. Jangan kunci telefon anda dengan kata laluan mudah.
5. Elakkan klik pada tetingkap pop-up yang muncul tanpa dijangka yang menggesa anda memasang apa-apa aplikasi. Jika itu berlaku, tutup semua program aktif anda.
Berikut adalah beberapa tip tambahan untuk melindungi telefon pintar anda daripada penceroboh:
1. Jangan simpan maklumat peribadi, dokumen atau fail pada telefon pintar.
2. Hadkan bilangan foto geotag dalam kamera-roll. Pindahkan imej dan dokumen ke komputer.
3. Hapuskan e-mel sulit berkaitan kewangan, majikan dan akaun berkaitan kesihatan dalam telefon pintar.
4. Elakkan berkongsi maklumat yang boleh mendedahkan tentang diri anda di rangkaian media sosial seperti alamat, lokasi pejabat, nombor telefon, nama keluarga dan sebagainya.
5. Elakkan klik pautan dalam e-mel promosi, membuka lampiran yang mencurigakan, atau melaksanakan kemas kini aplikasi yang diminta melalui e-mel.
BACA: Jangan salahkan kasut bila kaki melecet, ini cara betul ukur kaki ramai tak tahu