Resepi untuk otak-otak ayam ni sebenarnya senang je.
Korang boleh kukus atau bakar, ikut selera korang.
Best ni kalau makan panas-panas!
Kalau beli kat kedai, harga dia agak mahal juga.
Jadi, apa kata korang cuba buat sendiri kat rumah, baru puas makan.
Nak cuba buat?
Korang boleh ikut resipi yang Puan Nurul Akmar Ab Hamid Anne kongsikan kat bawah ni.
Resepi ota-otak ayam homemade
Bahan-bahannya:
• 1/2kg isi ayam – kisar lumat
• 4 ulas bawang merah
• 1 biji bawang merah besar
• 3 ulas bawang putih
• 3 biji cili merah
• Sedikit cili padi
• Halia (sebesar ibu jari)
• Kunyit hidup (sebesar ibu jari)
• 2 batang serai
• 1 sudu makan serbuk perasa
• 1 helai daun limau purut
• 1 helai daun kunyit
• 1/2 cawan santan
• Garam secukup rasa
• 2 sudu makan gula
• Asam jawa secukupnya (jangan banyak nanti terlebih masam)
• Daun pisang secukupnya
Cara-caranya:
1. Campurkan semua bahan yang diatas (kecuali daun pisang) dalam blender dan blend sehingga halus.
2. Tuangkan adunan ke dalam bekas yang sesuai.
3. Letakkan campuran di atas daun pisang yang sudah dibersihkan.
Lipat dengan rapi.
Ulang sehingga habis adunan.
4. Otak Otak Ayam yang sudah dilipat boleh dibakar atau dikukus.
5. Sedia untuk dihidang!
Selamat mencuba semua!
Baca:
Punyalah ‘kabel’ kuat, ini senarai 10 negara bahagia di dunia, nombor 4 tu buat-buatlah kagum
Pihak perempuan minta wang hantaran RM20,000 tetapi lelaki ini beri RM50,000 hasil kerja ‘offshore’