Ramai peminat kucing yang juga digelar si bulus mungkin tidak kreatif melayan kucing mereka dengan hanya beri cukup makanan selain belaian manja saja.
Malah, reda stres selepas seharian bekerja apabila dapat bermain dengan kucing seperti kisah sahabat Nabi Muhammad SAW, Abu Hurairah RA yang menceritakan tentang dirinya suka bermain dengan kucing.
Rupanya ada 3 barang yang boleh dianggap hadiah yang si bulus suka. Selepas ini, kucing kesayangan anda pasti lebih ceria sekaligus buat anda sekeluarga juga bertambah terhibur:
1. Vakum robot
Peralatan membersih rumah seperti vakum robot sebenarnya mengujakan kucing. Sebabnya, si bulus ini memang suka meneroka persekitaran mereka.
Kucing suka ‘menunggang’ vakum robot yang sedang bergerak. Mereka suka duduk di atas mesin itu. Detik-detik aksi kucing yang buat muka tidak bersalah duduk di atas vakum robot yang sedang bekerja itu memang comel untuk dirakamkan.
2. Cawan mi segera
Cawan mi segera yang tidak digunakan jangan dibuang kerana boleh ‘dikitar semula’ untuk jadi permainan si bulus anda. Ini salah satu cara ‘bonding’ dengan kucing anda.
Buka lubang di bahagian bawah cawan mi segera. Biarkan kepala kucing anda keluar apabila anda membuka membukanya.
Kucing akan rasa teruja bila penutupnya terbuka. Mereka nak tahu apa yang ditunjukkan oleh anda apabila anda membuka penutup mi cawan.
3. Kulit durian
Ramai yang buang saja kulit durian padahal tekstur kulit Raja Buah ini boleh jadi terapi untuk mengurangkan ketegangan otot si bulus.
Untuk jadikan mereka rasa tenang, boleh gantungkan satu, dua ruas durian. Si bulus gemar menggeselkan tubuhkan pada kulit berduri itu.
Kadang lucu juga difikirkan, tak buat kerja pun tapi sampai perlukan objek itu legakan ketegangan otot dan perasaan. Mujur ‘modal’ untuk tujuan itu hanya kulit durian bukannya isi durian.
Baca:
“Ini satu penghinaan terbuka, tunggu saman saya”- Aishah
Dituduh nikah tak sah dan berzina, ini komen Sabri Yunus
Ulama Nusantara dakwa akad nikah pasangan Sabri Yunus dan Angeline oleh Mufti Perlis tak sah?