Realtime website trackingweb stats

Kucing di negara ini dah wajib dipasang mikrocip, pemilik boleh kena denda hampir RM3,000 kalau ingkar

Oleh ADINDA

Kucing di negara ini dah wajib dipasang mikrocip, pemilik boleh kena denda hampir RM3,000 kalau ingkar.

Pemilik-pemilik kucing peliharaan di Britain berdepan denda sebanyak £500 (RM2,951) sekiranya tidak memasang mikrocip pada haiwan peliharaan mereka itu.

Peraturan baharu yang berkuat kuasa pada Jun 2024 itu memerlukan semua kucing di negara berkenaan memakai mikrocip yang mempunyai butiran terkini pemiliknya.

Individu yang tidak memasang cip itu pada haiwan kesayangan mereka sebelum ia berumur 20 minggu berkemungkinan didenda.

Sekiranya dikesan melakukan kesalahan itu, para pemilik kucing akan diberi masa selama 21 hari untuk memasangnya pada haiwan tersebut sebelum denda dikenakan.

Tujuan undang-undang baharu itu adalah untuk memudahkan kucing peliharaan yang hilang atau sesat disatukan semula dengan pemiliknya.

Di bawah undang-undang baharu itu, setiap kucing peliharaan perlu dimasukkan mikrocip sebesar butir beras di bawah kulit haiwan tersebut.

Mikrocip itu mempunyai nombor siri unik dengan maklumat butiran pemilik haiwan.

Sekiranya haiwan itu ditemui sesat, mikrocip boleh dibaca menggunakan pengimbas untuk mengetahui di mana ia tinggal.

Baca:

Abang dulu dalam beg lampin, adiknya pula di tandas hospital, buat ujian DNA baru tahu rupanya adik-beradik

Lepas menang, Menu Sanusi dijual RM1, kalah menu Rahmah

Wanita mualaf bangkit dari kegagalan dalam rumah tangga, ini harapan terhadap dua anaknya