Realtime website trackingweb stats

Kubah masjid diperbuat daripada emas seberat 2.6kg dirompak pencuri

Oleh ARIF ABDULLAH

Sebuah hiasan yang terbuat dari emas dan dipasang di kubah masjid telah dicuri di Masjid Al-Huda, Buru, di wilayah Maluku.

Berita ini dilaporkan oleh laman berita Insert Live.

Hiasan tersebut mengandungi kalimah ‘Allah’ dan terbuat dari emas seberat 2.6 kilogram, dengan nilai sebanyak 3 bilion rupiah (setara dengan RM906,166).

Kubah masjid diperbuat daripada emas seberat 2.6kg dirompak pencuri

Setelah hiasan itu hilang, penduduk menemui sebuah tangga kayu yang ditinggalkan di tepi sungai yang berdekatan dengan masjid.

“Penduduk menemui tangga tersebut tidak lama selepas mendapat tahu bahawa hiasan kubah diperbuat daripada emas dilarikan pencuri.

“Namun, tiada pihak yang tampil mengaku pemilik tangga tersebut,” kata pemimpin tempatan, Fandi Ashari Wael.

Menurut Fandi, tangga itu kelihatan baru ditinggalkan, yang membuat mereka yakin bahawa ia digunakan oleh pencuri untuk memanjat kubah masjid.

“Tangga itu amat panjang dan kelihatan baharu.

“Pencuri itu seperti seorang yang profesional. Dia mencuri secara senyap dan tiada sesiapa yang tahu sedangkan kedudukan masjid dekat dengan tempat tinggal penduduk,” ujarnya.

Baca:

Individu pertama renang solo 12 jam tanpa henti sejauh 26.2km

Patutlah kereta tersidai di pam petrol rupanya…, ‘spesis’ begini kena tahu apa orang lain kata

Bahaya rupanya makan banyak kurma kalau dah kena penyakit…, wajib baca nasihat doktor ini</strong