Realtime website trackingweb stats

Kreatif! Idea pak cik ini tanam padi dalam polibeg membuahkan hasil, siap dapat lawatan luar daerah

Oleh NUR KASIH

Peneroka di FELDA Air Tawar 3 menanam padi dalam polibeg yang boleh dipetik hasilnya selepas tiga bulan.

Hamson Sariman, yang berusia 68 tahun, menanam 300 pokok padi di sekitar rumahnya selepas beliau melawat tempat-tempat seperti Sekinchan, Selangor dan Perlis, yang merupakan pengeluar padi utama negara kita tahun lalu.

“Selepas melihat proses menanam padi, saya mula terfikir untuk tanam padi di rumah dengan permulaan menggunakan 200 gram benih yang diberikan seorang kenalan dari Kedah.

Kreatif! Idea pak cik ini tanam padi dalam polibeg membuahkan hasil siap dapat lawatan luar daerah

“Awalnya saya memang hendak beli, tetapi kenalan memberi secara percuma dan bantu saya dari segi cara penanaman dari awal hingga sekarang,” katanya ketika ditemui.

Menurut Hamson, yang juga menjadi Ketua Blok Peringkat 2 di Blok 7 FELDA Air Tawar 3, dia dan isterinya, Rosni Mohd Yusof, telah menanam tanaman itu bersama sejak akhir tahun lepas.

Dia berkata bahawa selepas tiga bulan, 20 beg kecil padi yang ditanamnya sudah boleh dituai, menghasilkan kira-kira dua kilogram beras.

“Pada permulaan saya mengeluarkan modal kira-kira RM200 untuk membeli peralatan dan kelengkapan bagi proses penanaman padi. Saya dan isteri memang suka tanam pokok bunga untuk mengisi masa lapang, tetapi tidak menyangka akan tanam padi di rumah sendiri.

“Bila tanaman padi saya ini tular di Facebook, ramai datang ke rumah untuk melihat pokok padi saya, ada juga yang datang dari luar daerah.

“Ada juga pihak FELDA, agensi kerajaan seperti Jabatan Pertanian, Pertubuhan Peladang dan lain-lain datang ke rumah kerana tertarik dengan padi yang ditanam. Saya jadi seronok kerana usaha saya ini dihargai,” katanya.

Dalam rancangan akan datang, seorang ayah yang mempunyai tiga orang anak berhasrat untuk menanam lebih banyak padi, tetapi dia menghadapi masalah ruang yang terhad.

“Saya amat mengalu-alukan sekiranya penduduk berminat untuk menanam padi. Landskap sekeliling rumah bukan sahaja cantik menghijau tetapi hasilnya boleh dimakan untuk seisi keluarga,” katanya.

Baca:

Berang genosid terus berlaku, perusuh di Pakistan bakar KFC

‘Jawablah di akhirat esok’ – Peniaga menangis selepas YB Kedah tergamak arah pesta jualan Raya ditutup

Senarai pilih langsir yang wajib anda tahu & elak rugi!