Jika pergi ke pasar malam, kita wajib beli jagung dalam cawan.
Sebenarnya, lebih baik membuatnya sendiri kerana lebih mudah dan menjimatkan kerana tak perlu banyak bahan.
Aisyah Humaira berkongsi resepi jagung dalam cawan di Facebooknya.
Kita boleh cuba tanpa menggunakan pengukus.
Bahan-bahan:
• 1 paket jagung frozen
• 1 tin krimer pekat manis
• 3 sudu besar marjerin (lebihkan lagi sedap)
• Sedikit air
• Garam secukup rasa
Cara penyediaan:
1. Letakkan jagung ke dalam periuk bersama sedikit air.
2. Tutup kuali dan biarkan jagung masak sepenuhnya. Jika terlalu kering, tambahkan sedikit air.
3. Selepas itu, tambahkan susu pekat mengikut citarasa manis yang diinginkan. Tambahkan sedikit garam dan mentega secukupnya.
4. Untuk sedap yang lebih lagi, parut sedikit keju cheddar dan taburkan di atasnya.
Sedia untuk dihidangkan.
Jika ingin kepuasan yang lebih, tambahkan lebih banyak bahan.
Selamat mencuba!
Baca:
Dapat 3 tawaran sekaligus, tetapi sekolah ini yang dipilih anak Dr Sheikh Muszaphar
Berlagak samseng! Perempuan ‘bantai’ perempuan mengandung hingga bengkak
Lebuhraya WCE dibuka dari Taiping ke Beruas, tol percuma dua bulan