Realtime website trackingweb stats

KJ buat lagi, DJ dah, model baju raya pun dah, sekarang nak tapau jawatan tertinggi bola sepak?

Oleh SHAZLIN AZIZ

Di sebalik banyak masalah yang sedang berlaku di dalam Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sekarang, ada desas-desus yang mengatakan bahawa badan pengurusan itu mungkin akan mengalami perubahan besar pada tahun depan.

Selepas berlaku perbualan tentang kemungkinan barisan Eksekutif FAM yang akan tamat pada penggal 2021-2025 tahun depan, ada khabar angin yang mengatakan bahawa calon baru, yang merupakan bekas Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin, mungkin akan menjadi Presiden baru badan induk tersebut.

Mengikut informasi, Khairy dikaitkan dengan pengambilan alih jawatan utama di Wisma FAM di Kelana Jaya selepas berlakunya kontroversi berkaitan surat layang yang mendakwa terdapat masalah pengurusan di dalam organisasi tersebut.

KJ buat lagi, DJ dah, model baju raya pun dah, sekarang nak tapau jawatan tertinggi bola sepak?

“Benar, memang sekarang ada dengar nama Khairy katanya calon untuk gantikan Presiden sekarang. Tapi itu hanya cakap-cakap sahaja, kesahihan tak tahu lagi. Ini mungkin ‘gendang’ pemilihan FAM yang dah mula dimainkan sebab pemilihan pun dah tak lama hanya tahun depan saja.

“Malah dengan isu surat layang yang masih ‘panas’ lagi, mungkin khabar angin itu boleh jadi betul. Apapun kita tunggu dan lihat,” katanya.

Khairy bukanlah orang yang asing dalam dunia sukan negara terutama dalam bola sepak.

Beliau juga mempunyai hubungan yang rapat dengan FAM.

Sebelum beliau menceburi bidang politik, beliau pernah dilantik sebagai Timbalan Presiden FAM dari tahun 2007 hingga 2010.

Setelah dilantik sebagai Menteri Belia dan Sukan pada tahun 2013, Khairy telah memainkan peranan penting dalam memperkasakan Program Pembangunan Bolasepak Negara (NFDP) dengan mewujudkan Akademi Mokhtar Dahari (AMD).

Akademi ini menjadi tempat penting untuk melahirkan bakat-bakat pemain muda sebelum mereka dihantar ke luar negara.

Pada Kongres Pilihanraya FAM yang ke-57 tahun 2021, Datuk Hamidin Mohd Amin berjaya mengekalkan kedudukan sebagai Presiden selepas memenangi tanpa saingan.

Baca:

Baru tahu ada 3 resepi agar-agar yang mudah tapi sedap, gerenti dipuji Hari Raya ni nanti

Urat kaki tiba-tiba membengkak ketika melawat ‘kawasan’ Mona Fandey, akhirnya misteri terungkai

Ramai mengaku keluar air mata jantan, psikiatri ini nasihat zahirkan kasih sayang kepada anak