Realtime website trackingweb stats

‘Kita bukan budak-budak lagi,’ ini nasihat Aishah kepada Diva AA, hairan Azwan Ali dulu tak macam sekarang

Oleh NURAIMAN

Penyanyi Datuk Aishah tampil memberi kata nasihat kepada pengacara suka maki, Azwan Ali yang popular dipanggil Diva AA.

Tanpa menceritakan apa yang telah diperkatakan Diva AA, Aishah dapat membayangkan kecaman adik kepada pemimpin Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali itu terhadap dirinya.

Sehubungan itu, Aishah, 58, berharap Azwan, 57, akan menemui ketenangan dan kebahagiaan lantaran masing-masing bukannya budak-budak lagi nak bergaduh sakan pun.

Hal ini memandangkan, Azwan yang dikenalinya sewaktu era Anugerah Juara Lagu (AJL) Muzik Muzik TV3 jauh berbeza tidak seperti sekarang ini.

Untuk rekod, Azwan ini merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dari Universiti Malaya (UM) pada 1991.

Bapanya ialah Ustaz Haji Ali Omar berasal dari Jurong, Singapura manakala ibunya, Hajah Che Tom Yahaya dari Changi, Singapura.

Awal 1990-an, Azwan diakui ramai pihak tampil sebagai pengacara AJL Muzik Muzik yang tertib namun sekarang segalanya jauh berubah.

Hanya Allah Yang Maha Mengetahui kenapa beliau berubah sangat jauh sekarang. Semoga ada jalan kebaikan buat Azwan dan kita semua.

Ikuti luahan isi hati Aishah terhadap Azwan Ali sebagai seorang kawan lama dalam industri hiburan tanah air:

“Alhamdulillah, semoga dengan pelbagai kecaman ini akan mengurangkan dosa-dosa yang lepas. Dalam kalangan artis pun ada.

Walaupun I tak baca, tetapi I boleh bayangkan bahasa yang digunakan. Azwan Ali, I tak kenal you sebagai Diva AA.

I kenal you dari time AJL Muzik-muzik. I kenal you as a decent guy. I tau you dah beberapa kali cuit I tapi I diamkan saja.

I dismissed it as Diva AA doing his thing. But as a colleague, I do hope one day soon you will find peace and happiness.

I selalu tertanya-tanya ‘what happened to this guy, so much anger inside and I do believe deep down, so much pain.

‘Azwan, kita bukan budak-budak lagi. As a friend I doakan Allah SWT, berikan you ketenangan dan kebahagiaan yang hakiki.

Jangan macam ni Wan 😔😔😔 This is not you… Orang kata bagaimana kita hidup akan kelihatan nanti bila saat sakaratul maut.

Jangan sampai malaikat maut pun you maki hanjingkan. I still regard you as a friend albeit not a close one.

May you find eternal happiness. Take care….”

Baca:

Menggemparkan, pengarah jabatan kerajaan dan 4 lagi rupanya makan rasuah projek bekalan air RM44.4 juta

“Aku dah kaya tak perlu duit lelaki” – Ruhainies jawab tuduhan hanya kejar lelaki kaya

Siap ada grup Telegram tapi semua ahli ‘hantu’, cara licik ‘scammer’ ini mungkin ramai tak sangka