Kipas siling boleh dianggap sebagai keperluan di setiap rumah, memandangkan cuaca di negara kita yang sentiasa panas.
Jika berlaku kerosakan pada kipas, pasti sukar untuk menanganinya.
Salah satu masalah yang sering dihadapi adalah kipas yang berpusing laju tetapi tidak menghasilkan angin.
Jika anda sedang menghadapi masalah ini di rumah, berikut adalah punca ia berlaku seperti yang dikongsi oleh GeneralWorker_Repair&DIY dalam satu hantaran di Facebook.
Kipas Siling Dah Laju Tapi Tak Rasa Angin? Ini Mungkin Puncanya:
1. Saiz Kipas
Kekuatan angin bergantung sepenuhnya kepada lebar bilah dan diameter kipas. Semakin lebar bilah kipas, semakin kuat tolakan anginnya. Begitu juga dengan diameter kipas.
2. Jumlah Bilah Kipas
Adakah kipas 3 bilah dan 5 bilah mempunyai perbezaan? Kipas tiga bilah biasanya memberikan angin yang lebih kuat berbanding kipas lima bilah. Semakin banyak bilah, semakin kurang tolakan anginnya, tetapi ia lebih senyap dan stabil.
3. Kedudukan Kipas
Posisi terbaik untuk kipas adalah di tempat yang mempunyai banyak ruang atau tiada halangan. Pastikan kedudukan kipas:
– Tidak terlalu rapat dengan dinding
– Tidak terlalu rapat dengan siling, sebaiknya kekalkan sekurang-kurangnya 10 inci dari siling.
Jika kipas terlalu rapat dengan dinding atau siling, kitaran angin akan terganggu. Elakkan juga sebarang gangguan pada siling seperti blok batu (beam atau cornice).
BACA: Bukan sahaja boleh jadi bahan masakan, masalah tandas tersumbat pun boleh guna bahan ini