Ada yang menganggap Khairul Aming atau KA bukan usahawan berjaya walaupun produk terbaharu pempengaruh media sosial itu, Dendeng Nyet Berapi terjual sebanyak RM1.2 juta hanya dalam tiga minit.
Produk Khairul Aming atau nama sebenarnya, Khairul Amin Kamarulzaman, 31, yang telah mencipta rekod dengan jualan terpantas dalam di TikTokShop Malaysia itu rupanya “bukanlah model bisnes hebat sangat pun.”
Ini pandangan Naz Daim berkenaan Khairul Aming:
KHAIRUL AMING BUKAN USAHAWAN BERJAYA
Ini pandangan saya, bagi saya, dia bukan usahawan berjaya.
Saya tak nak kupas dari aspek bisnes.
Ramai dah penganalisis bisnes, sifu sifu dan penulis hal bisnes dah kupas macam macam kejayaan bisnes dia.
Kehebatan KA sebagai seorang usahawan? Bukan… Saya rasa dia bukan usahawan berjaya.
Saya bukan nak nafikan tapi bagi saya, dia bukan itu…
Apa yang dia buat bukanlah model bisnes hebat sangat pun. Cuba renungkan kembali.
Dia jual produk biasa, sambal… rasa pedas bukan sambal paling sedap di dunia.
Dari segi rasa, ok lah not bad tetapi bukan paling sedap di dunia dah beratus lain sambal ada di pasaran.
Dan sekarang dia jual daging dendeng. Saya kenal sangat ramai orang jual daging dendeng selain dia.
Lepas itu dia buat personal branding.. sangat ramai orang buat personal branding selain dia. Jadi, tiada yang baru.
Lepas itu dia buat akaun di TikTok. Tik Tok saya sendiri dah capai 1 juta pengikut lama sebelum dia naik popular.
Lepas itu, dia buat content power. Setakat ini, view paling tinggi dalam Tik Tok Khairul Aming bagi satu video adalah 22.8 juta iaitu tidak sampai separuh dari view paling tinggi Chicken Royale.
Strategi bisnes dia, well saya dah jumpa ramai orang yang ada strategi yang lagi gempak dari dia.
Dia fokus dengan apa dia buat? Usaha tak pernah lelah bertahun tahun?
Yang ini, saya dah jumpa usahawan yang kerja lagi kuat dari dia, tak pernah give up jauh lebih lama dari dia. Usahawan kan… mana ada istilah malas.
Adakah saya dengki? Tak.
Adakah saya menafikan dia sebagai usahawan? Tak. Malahan sebaliknya.
Bagi saya, apa yang dia buat, bukan bisnes semata-mata.
Ada persamaan antara Khairul Aming, Steve Jobs, Lewis Hamilton, Micheal Jordan , Micheal Jackson, The Beatles, Elvis Presley, C.Ronaldo, L.Messi, Michelangelo, Thomas Edison, Henry Ford, Oprah, Tiger Wood.
Mereka ini adalah artis dalam bidang masing-masing. Mereka berkarya dan menghasilkan karya agung… Masterpiece.
Ya, perjalanan mereka nak hasilkan karya mereka ni perit. Penuh dengan dugaan dan cabaran.
Dan memaksa mereka untuk mengorbankan segala-galanya.
Memaksa mereka untuk fokus melebihi manusia biasa tapi bukan sekadar usaha.
Apa yang mereka ada? Yang kebanyakkan kita manusia biasa tiada.
Mereka ada artistic vision untuk mencapai objektif mereka.
Karya mereka ada soul, ada jiwa.
Saya pernah tengok satu video yang Khairul Aming buat untuk seorang kenalan saya.
Saya kenal cameraman yang buat shooting tu… bukan KA yang shoot.
Orang yang sama shoot video video dia sekarang.
Ya, bukan KA pegang kamera sendiri sambil bercakap. Ada orang lain yang shoot untuk dia.
Dan cameramen ini pernah buat video untuk orang lain selain KA termasuk untuk saya.
Tapi kalau video yang ada sentuhan KA, pasti ada killer shot yang luar biasa dan ada gaya yang tersendiri.
Yang buat orang terpaut untuk tonton dan akhirnya menjadi pembeli. Kenalan saya tu buat jualan berjuta asbab dari video ni.
Ya, saya pernah ada video 51 juta views. Tapi saya tiada beribu-ribu video content yang konsisten orang nak tengok, dan tengok lagi, dan orang terasa nak membeli sebab content tu.
Betul, KA tak shoot video sendiri. Tapi dia tahu scene apa dia nak, apa dia nak sampaikan pada audience dan dia pastikan team dia hasilkan apa dia nak.
Macam Steve Jobs apabila hasilkan produk tidak masuk akal pada zamannya… iPod? iPhone? Mac? Dia ada vision. Dia paksa team dia hasilkan apa dia nak.
Hakikatnya, KA dalam bidang yang dia ceburi ini, dia ada that talent yang orang lain susah nak ada.
Rajin, passion, focus, strategi, dedikasi, brand, produk, resipi, konsep. Semua ini ada 7.8 bilion orang lagi yang boleh tiru.
Tapi vision yang ada pada KA, pandangan yang ada pada KA dan untuk dapat hasil macam KA mungkin tidak ada ramai manusia boleh jadi macam itu.
Aspek kedua, artis hebat macam KA ada kebolehan menyampaikan cerita mereka kepada audience. Menyampaikan cerita ini tidak semestinya bercerita.
Tapi selain karya yang mereka hasilkan, orang orang seperti KA menyampai cerita diri mereka, personaliti mereka, perasaan mereka di dalam karya mereka
Yang membuatkan audience teruja untuk continue follow “idola” mereka ini… Nampak tak muka KA terharu, speechless.. puas… mcm tak percaya bila dia capai sales 1.2 juta tu… Dan aksi mcm ni la buat orang akan lekat pada brand dia… Aksi genuine yang org susah nak tiru…
Akhirnya segala apa yang dijual bukan semata kerana kekuatan produk… tapi penceritaan yang di sampai kan
Cerita mereka ini sendiri akan jadi DNA brand mereka
Disclaimer…. sebelum gambar ini diambil, saya yakin KA tidak kenal saya.
Saya terjumpa dia di surau. Saya tegur dia, dia sangat ramah.
Kami borak pendek, saya minta izin ambil gambar dan kemungkinan besar dia tak ingat saya lepas ni. Kalau dia ingat, Alhamdulillah…
Dan saya tak kenal dia secara langsung, sekadar dengar cerita dari orang yang saya kenal, yang bekerja rapat dengan dia.
KA pernah datang Chicken Royale dan tolong shoot satu video, masa ni dia belum famous…
Dan saya tiada pun masa dia datang tu. Jadi, kami tak berjumpa pun masa itu tetapi asbab video tu Chicken Royale jadi viral untuk tempoh lama.
Seminggu sebelum KA launch sambal Nyet, saya ada di rumah tempat dia shoot video (bukan rumah dia) untuk sambal nyet di peringkat awal.
Sambal Nyet tu ada atas meja ,dah terbuka. Masa itu saya tiada nak cuba rasa pun sambal dia. Teringin pun tak. Masa itulah…
Setahun lepas tu saya ada cuba nak beli sambal Nyet secara online tapi stock habisss jer..
Saya cuma dapat rasa Sambal Nyet tahun lepas…itu pun pau rasa sesudu dari orang lain yang berjaya beli….
Ya, sedap tetapi bukan paling sedap di dunia.
Dan di rumah sama saya shoot video mukbang untuk CR…. tapi macam saya cakap…Vision KA lain …
Walau saya ada rumah yang sama, video yang dihasilkan untuk saya tiada artistic vision KA. Ada artistic vision Naz Daim saja.
Maka saya tak pernah berjaya buat sales 1.2 juta dalam masa 3 minit… 30 hari pun belum tentu.
Saya seorang usahawan…. Tapi Khairul Aming… bagi saya bukan sekadar usahawan berjaya. Bukan sekadar usahawan hebat. Ramai dah berjaya dan lebih berjaya.
Dan akan lebih ramai lagi usahawan yang akan jadi lebih kaya dan berjaya dari KA…
Tapi….. Khairul Aming adalah seorang artis yang hebat menghasilkan karya yang luar biasa indah… Meletakkan dirinya di dalam kelas yang tersendiri
Saya mendoakan KA terus berjaya dalam apa jua bidang dia nak ceburi, dan saya mendoakan Allah mencurahkan rahmat, hidayah, kefahaman agama, ketenangan dan kebahagian dalam hidup dia.
Semoga dia terus berjaya dan dapat pula menyumbang kepada Masyarakat. Dan dalam sama saya doakan KA dijauhkan dari hasad dengki dan terutama dijauhkan dari tipu daya syaitan. Amin…
Saya menulis tentang dunia F&B, dan sedikit perkongsian pengalaman dan pandangan saya tentang perbagai perkara. Banyak lagi content begini dalam FB saya ni.
Baca:
Jenis – jenis ikan untuk kesuburan, sesuai bantu wanita hamil
Lepas rindu nak makan nasi lemak kuning, buat sendiri tak perlu santan pun