Realtime website trackingweb stats

Ketua Polis Negara ditamatkan tugas lebih awal. Tak disangka-sangka, inilah pengganti Ketua Polis Negara yang baharu

Oleh ADINDA

Ketua Polis Negara ditamatkan tugas lebih awal. Tak disangka-sangka, inilah pengganti Ketua Polis Negara yang baharu.

Tiada angin tiada ribut, tiba-tiba negara dikejutkan dengan berita pertukaran Ketua Polis Negara selepas Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani memilih untuk bersara lebih awal pada awal Julai ini.

Bagaimanapun, melihat kepada penggantinya sebagai Ketua Polis Negara, bukan calang-calang individu juga. Seterusnya perlantikan Timbalan Ketua Polis Negara juga dipilih daripada tokoh yang pernah menggemparkan negara juga dengan keberaniannya sebelum ini.

Tan Sri Razarudin Husain dilantik sebagai Ketua Polis Negara yang baharu, manakala Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay pula dilantik sebagai Timbalannya, berkuat kuasa Jumaat ini.

Pelantikan Razarudin secara kontrak selama dua tahun adalah bagi menggantikan Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani yang bersara lebih awal.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dalam satu kenyataan berkata, pelantikan itu mendapat perkenan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dengan nasihat Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim atas perakuan Suruhanjaya Pasukan Polis.

“Kerajaan mengucapkan syabas dan tahniah diatas kedua-dua pelantikan berkenaan” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ketua Polis Negara ditamatkan tugas lebih awal. Tak disangka-sangka, inilah pengganti Ketua Polis Negara yang baharu. Tiada angin tiada ribut, tiba-tiba negara dikejutkan dengan berita pertukaran Ketua Polis Negara. Tan Sri Razarudin Husain dilantik sebagai Ketua Polis Negara.

Razarudin, 61 yang berkelulusan Ijazah Sarjana Sains Sosial Pengajian Kepolisan daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menjawat pelbagai jawatan di peringkat negeri dan kontinjen.

Beliau memulakan tugasnya pada 1984 di Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kontinjen Kedah sebagai Pegawai Penyiasat dan meneruskan khidmat di jabatan berkenaan sehingga 1996 sebagai Penolong Penguasa Polis (ASP) di Daerah Muar, Johor.

Antara jawatan yang pernah disandang olehnya termasuk Timbalan Penguasa Polis (DSP) dengan memegang jawatan sebagai Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Sandakan; Ketua Polis Daerah Kudat, Penolong Pesuruhjaya Polis (ACP) dan Penolong Pengarah D9, Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Penolong Kanan Pesuruhjaya Polis (SAC) sebagai Timbalan Komander, Special Task Force On Organise Crime (STFOC), Skuad Taktikal Khas 1 (Jenayah), Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Ketua JSJ.

Beliau juga pernah menjawat jawatan sebagai Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah, Timbalan Ketua Polis Perak dan Timbalan Ketua Polis Negara mulai 2021.

Sementara itu, Ayob Khan, 57, berkelulusan Ijazah Sarjana Teknologi Maklumat dari Universiti Kebangsaan Malaysia dan memulakan tugas pada 1993 di Cawangan Khas Bukit Aman dari pangkat Penolong Penguasa Polis (ASP) sehingga Penolong Pesuruhjaya Polis (ACP) selama 15 tahun.

Beliau kemudiannya dinaikkan pangkat sebagai Penolong Kanan Pesuruhjaya Polis (SAC) dan ditempatkan di Urus Setia KPN (Penyelidikan dan Pembangunan) Jabatan Pengurusan Bukit Aman sebelum kembali ke Cawangan Khas sebagai Timbalan Pesuruhjaya Polis (DCP) pada tahun 2016.

Ayob kemudiannya dinaikkan pangkat ke Pesuruhjaya Polis (CP) pada 2020 dan menjawat jawatan sebagai Ketua Polis Johor sebelum kembali ke Bukit Aman sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik kini sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah.