Realtime website trackingweb stats

Ketika ramai mengaku tiada pelan kewangan berdokumen, rupanya 12 peratus rakyat Malaysia anggap mereka kaya

Oleh NURAIMAN

Ketika ramai rakyat Malaysia tiada mempunyai pelan kewangan berdokumen, tidak bagi 12 peratus rakyat Malaysia yang menganggap mereka kaya.

Itu mengikut Tinjauan Persepsi Kekayaan yang dilaksanakan oleh Hong Leong Bank Berhad (HLB) melibatkan lebih 1,000 responden tempatan.

Dalam masa sama, 79 peratus responden berumur antara 18-77 tahun mengaku bahawa mereka tidak mempunyai pelan kewangan berdokumen.

Ketika ramai mengaku tiada pelan kewangan berdokumen, rupanya 12 peratus rakyat Malaysia anggap mereka kaya

Mereka sebahagian besarnya disebabkan andaian bahawa mereka tidak mempunyai dana mencukupi untuk memulakan satu pelan pengurusan kekayaan secara rasmi.

Daripada 327 responden yang menyatakan ada membuat pelaburan, 57 peratus memberitahu mereka melabur dalam saham, diikuti rapat oleh 56 peratus yang memperuntukkan dana untuk skim ASB/ASM manakala 54 peratus terlibat dalam pelaburan emas.

Trend ketara pelaburan kendiri dalam kalangan rakyat Malaysia turut digariskan dalam tunjauan berkenaan.

Sebanyak 83 peratus daripada mereka yang melabur memilih untuk menguruskan pelaburan mereka sendiri, menurut kenyataan itu.

Golongan berkenaan tidak mendapatkan input daripada penasihat kewangan profesional.

Sementara itu, hampir separuh responden (49 peratus) mendapatkan nasihat kewangan daripada media sosial, peratusan sama dengan mereka yang bergantung kepada input daripada ahli keluarga.

Menurut Pengarah Urusan Pengurusan Kekayaan Serantau HLB, Hor Kwok Wai, peratusan tinggi dalam pelabur kendiri menunjukkan orang ramai semakin gemar untuk terlibat secara langsung dalam perancangan kewangan dan strategi pelaburan mereka.

Lantaran itu, jelasnya, wujud keperluan untuk institusi kewangan seperti HLB menyediakan sumber dan sokongan yang teguh untuk memperkasa dan mendidik pelabur dalam membuat pilihan pelaburan yang termaklum dan berkesan.

Baca:

Terlalu utamakan ruang peribadi, Malaysia duduki tempat ke-3 paling ramai ‘single’

‘Harap beri kepada Palestin tapi beli emas 131 kg’ – Lelaki ini rupanya dah lama persoal kekayaan Abdullah Zaik

Penganalisis dedah Toyota dan Perodua bakal keluarkan dua model SUV baharu