Realtime website trackingweb stats

Kes saman McDonalds yang memalukan

Oleh ADINDA

Pada tahun 1982, restoran McDonald’s pertama telah dibuka di persimpangan antara Jalan Sultan Ismail dan Jalan Bukit Bintang oleh Tan Sri Vincent Tan.

Samurai Biru: Siri 1 : Sejarah McDonald's Di Malaysia, Penglibatan Warga Tempatan Dan Komuniti

 

Sempena hari pembukaan yang bersejarah itu, restoran McDonald’s Bukit Bintang telah menghadiahkan pelanggannya yang pertama sekali membeli burger Big Mac di Malaysia dengan memberinya satu Big Mac percuma pada setiap minggu selama setahun!

Selain Big Mac, restoran McDonald’s Bukit Bintang yang dibuka setiap hari dari pukul 8 pagi hingga 12 malam itu turut menjual hidangan Fillet-O-Fish, French Fries, Apple Pie, Milkshake dan lain-lain lagi.

Berdasarkan sambutan yang menggalakkan terhadap restoran McDonald’s yang pertama itu, menjelang hujung tahun yang sama, restoran McDonald’s yang kedua telah dibuka di Plaza Yow Chuan (lot LG 8 & 9), Jalan Pekeliling/Jalan Ampang, Kuala Lumpur. Restoran kedua itu dibuka setiap hari dari pukul 10 pagi hingga 10 malam.

Pada Januari 2012, McDonald’s Corporation telah mengumumkan tahun 2011 sebagaI tahun yang memperolehi pendapatan tertinggi dengan hasil sebanyak RM115.6 billion. Sehingga penghujung tahun 2016, McDonald’s telah beroperasi di 120 buah negara dengan jumlah francais sebanyak 36,899 dan pekerja lebih daripada 375,000 orang.

McDonald’s merupakan restoran rangkaian makanan segera terbesar di dunia yang telah wujud lebih 60 tahun. dengan bermula sebagai sebuah gerai kecil sahaja. Namun di sebalik kejayaan dan pencapaian McDonald’s di seluruh dunia ini, ada beberapa kes yang melibatkan McDonald’s dalam menjaga hak cipta jenama mereka.

Jamie Oliver VS McD

Evolution Pie – Jamie Oliver Beats McDonald's 'Pink Slime'

Jamie Oliver seorang chef selebriti dari UK berjaya membuktikan yang mcDonald menggunakan hidroksid dalam daging prosesnya dan  dagingnya juga didakwa adalah daripada kualiti yang paling rendah hanya layak untuk dimakan haiwan perliharaan. Jamie mendakwa Mcdonald menipu dengan slogan kualiti.

Keputusan mahkamah antara Jamie Oliver lawan McDonald memberi kejutan kepada peminat burger McDonald’s. Telah terbukti secara saintifik bahagian lemak daging lembu “dicuci” dalam ammonium hidroksid dan digunakan dalam isi burger. Dia berpendapat bahawa selain kualiti rendah daging, amonium hidroksid yang digunakan dalam proses tersebut membahayakan kesihatan. Prosesnya diketahui sebagai “pink slime”.

Namun di Malaysia, McDonald’s Malaysia mengeluarkan kenyataan bahawa mereka tidak pernah menggunakan pink slime dalam produk mereka.

Kes tisu napkin

Webester Lucas membawa Mcdonald’s ke pengadilan dan menuntut $1.5 juta (€1juta) berikutan perselisihan mengenai tisu napkin di restoran California.

Lucas mendakwa dia memesan makanan di McDonald’s di Pacoima, California pada 29 Januari dan hanya diberi satu tisu sahaja daripada pesanannya. Lalu dia pergi ke kaunter untuk meminta tisu tambahan, tetapi permintaannya ditolak dengan kasar oleh pengurus disitu.

Webster Lucas mendakwa beliau mengalami trauma disebabkan pengalaman ini dan membuatkannya tidak boleh bekerja.
Kes ini sedang dibicarakan dan Webster juga mendakwa ia merupakan satu tindakan perkauman yang mana beliau diberikan sehelai tisu sahaja disebabkan beliau berkulit hitam, dan diserang secara lisan apabila beliau meminta tisu lebih.

 

McCurry Malaysia

Sebuah restoran yang menghidangkan hidangan masakan kari yang pada tahun 1999 di Jalan Ipoh, Kuala Lumpur dengan nama McCurry. Kemudian selepas 2 tahun beroperasi, McDonald’s mengemukakan saman atas pelanggaran hak cipta penggunaan nama Mc.

Pemilik McCurry P. Suppiah terkejut kerana raksasa sebesar itu ingin membawa mereka ke mahkamah. “Kami merasakan tidak ada persamaan kerana kami tidak menjual makanan segera barat.”

McCurry, pada pembelaannya mengatakan awalan Mc biasa diguna dan merupakan bahagian dari nama belakang di seluruh Eropah. Selanjutnya dia mendakwa “Mc” dalam McCurry adalah singkatan kepada Malaysia Chicken Curry (Kari Ayam Malaysia).

Pada mulanya mahkamah memberi kemenangan kes kepada McDonald’s, tetapi Suppiah mengemukakan rayuan dan dibicarakan semula. Mahkamah pada tahun 2006 membatalkan keputusan itu, menyebabkan McDonald mengajukan rayuan pula kali ini ke peringkat lebih tinggi.

Lalu perbicaraan Mahkamah Persekutuan memutuskan untuk mengekalkan keputusan sebelum ini bahawa McDonald’s tidak memiliki hak cipta terpelihara untuk penggunaan awalan Mc di Malaysia dan McDonald’s diarah membayar ganti rugi kepada McCurry.

Suppiah mengatakan keputusan itu bermakna dia sekarang dapat menambahkan lokasi McCurry di tempat lain, dengan slogan “Tasty and so Gooood”

 

Kes kopi panas

Stella Liebeck wanita berusia 79 tahun, menuntut McDonald’s membayar ganti rugi dengan harga $2.9 juta (kira-kira €2 juta) pada tahun 1994.

Dia tertumpah kopi panas pada dirinya sendiri dan melecur sehingga dimasukkan ke hospital. Peguam Liebeck mendakwa bahawa kopi McDonald yang disediakan itu terlalu panas untuk dihidangkan kepada pelanggan.

Wanita ini kemudian memenangi kes dan dikategorikan kes paling tak masuk akal dengan keputusan dia dibayar RM11 juta untuk membiayai kos rawatannya tetapi nilai pampasan ini kemudian dikurangkan hasil perbincangan antara dua pihak.

 

Kes Vikram Bakshi

Selama 18 tahun, Vikram Bakshi merupakan rakan kongsi utama McDonalds di India. Namun pada tahun 2013, beliau telah dipecat oleh syarikat itu dan masih memiliki saham dalam McDonalds India. McDonalds kemudiannya menuntut supaya dia menjualkan saham itu kepada mereka namun Vikram enggan berbuat demikian dan mahu untuk mengekalkan sahamnya.

Beliau berbuat demikian kerana ketika itu McDonalds sedang berkembang dengan pesatnya di India. Jadi kedua-dua pihak membawa perbalahan ini kepada pihak mahkamah.

Pada tahun 2019, McDonald’s mengumumkan telah mencapai penyelesaian di luar mahkamah dengan Vikram Bakshi. McDonald’s telah membeli saham Bakshi di Connaught Plaza Restaurants Pvt Ltd (CPRL) yang mengendalikan rangkaian restoran McDonald di India utara dan timur. Walau bagaimanapun, butiran kewangan penyelesaian tersebut tidak didedahkan.

Dengan selesainya perjanjian dengan Bakshi, CPRL kini dimiliki sepenuhnya oleh McDonald’s India Pvt Ltd (MIPL) dan sekutunya (McDonald’s Global Markets LLC, “MGM”), kata syarikat itu dalam satu kenyataan. Di bawah perjanjian itu, MGM telah memperoleh 50 peratus saham ekuiti dalam CPRL yang dipegang oleh Bakshi dan entiti gabungannya sejak awal usaha sama tersebut. McDonald’s India akan terus memegang 50 peratus saham ekuiti dalam CPRL.

 

Inilah sebahagian kes saman antara McDonald’s dengan beberapa individu sehingga mendapat liputan meluas di seluruh dunia. Banyak lagi kes melibatkan McDonald’s yang dibawa ke mahkamah sejak bermula perniagaan McDonald’s sebagai francais makanan segera sehinggalah ke hari ini dalam pelbagai kes dan tuntutan.