Realtime website trackingweb stats

Kereta Tesla sedang parking terbakar, belum sebulan pejabat di Malaysia beroperasi

Oleh SHAZLIN AZIZ

Tesla antara syarikat pengeluar kereta paling popular di seluruh dunia khususnya kereta jenis elektrik.

Ketika ini, sesiapa yang berjaya memiliki kenderaan yang terhad ini dianggap sebagai golongan kayangan.

Namun, malam tadi, terdapat sebuah kereta Tesla yang diparkir di tepi Jalan Puchong Jaya, Puchong, Selangor, tiba-tiba terbakar.

Menurut Ahmad Mukhlis Mokhtar, Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, mereka menerima panggilan kecemasan pada 8.32 malam.

Seramai tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Puchong telah dihantar ke tempat kejadian.

“Setibanya di lokasi, bomba mendapati ia melibatkan sebuah kereta jenis Tesla yang terbakar sebanyak 70 peratus dan tidak melibatkan mangsa.

“Kebakaran bagaimanapun berjaya dipadamkan bomba sepenuhnya dan diserahkan kepada pihak forensik untuk tindakan lanjut.

“Difahamkan, pemilik kenderaan itu parkir seketika untuk pergi makan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Mengulas lanjut, Ahmad Mukhlis berkata, kes itu diserahkan kepada pihak forensik untuk siasatan lanjut.

Baca:

Terpaksa mohon cop halal Indonesia, Malaysia rupanya belum ada lagi logo halal untuk makanan haiwan

Dituduh nikah tak sah dan berzina, ini komen Sabri Yunus

‘Melancong’ di airport saja hangus RM7,000, pengalaman wanita ini tidaklah seindah drama Korea