Realtime website trackingweb stats

Kereta sedang isi petrol terbakar, dah tutup enjin, puncanya benda simple sahaja, kita pun boleh terkena

Oleh ADINDA

Kereta sedang isi petrol terbakar, dah tutup enjin, puncanya benda simple sahaja, kita pun boleh terkena. Insiden kebakaran di stesen minyak pernah dilaporkan terjadi tidak kiralah di Malaysia ataupun di luar negara.

Meskipun ianya boleh dianggap kes terpencil, namun pemilik kenderaan perlulah mengambil langkah keselamatan sewajarnya ketika mengisi minyak di mana-mana stesen minyak.

Antara perkara-perkara yang dilarang ketika mengisi minyak adalah mematikan enjin kenderaan, jangan bermain telefon dan dilarang menghisap rokok di stesen minyak.

Baru-baru ini, tular di media sosial Twitter apabila sebuah video memaparkan sebuah kereta terbakar ketika pemiliknya sedang mengisi minyak.

Malah, kereta tersebut dilihat berada dalam keadaan enjin menyala ketika pemiliknya sedang mengisi minyak.

Namun begitu, netizen merasakan punca kebakaran kereta tersebut bukanlah kerana enjin kereta yang hidup tetapi tindakan menutup pintu yang menjadi punca api tercetus dari tempat mengisi minyak.

Sebenarnya bukan sebab mati enjin ke tak. Pintu tu main peranan. Masa nak isi minyak jangan buka pintu. Udara dalam kereta sejuk, kat luar panas. Boleh buat ‘spark’ electrostatic’.

Kebanyakan pengguna media sosial beranggapan bahawa tindakan budak lelaki membuka pintu dan menutup pintu ketika mengisi minyak telah mencetuskan ‘elektrostatik’ lalu terjadinya kebakaran.

Namun begitu, adalah disarankan untuk pengguna menutup enjin kenderaan kerana mungkin akan kehilangan fokus ketika mengisi minyak, tertarik hos & nozzle bila enjin menyala dan kejadian jenayah seperti mencuri kereta mungkin berlaku.

Baca:

Lisa Blackpink punya pasal, kerabu mangga seluruh Thailand habis stok

Naufal nyanyi lagu ‘Malampagi’ bunyi nasyid, kena kutuk netizen – “rosak habis lagu”

Kereta sedang isi petrol terbakar, dah tutup enjin, puncanya benda simple sahaja, kita pun boleh terkena