Kereta yang dipandu aktor Roy Azman, 53, semalam tiba-tiba terbakar sehingga rentung ketika melalui sebuah lebuh raya di Lembah Klang.
Pelakon yang dikenali kuat ketawa tersebut berkongsikan detik-detik mengerikan itu ketika bersama isteri dan anak bongsunya.
Menurut pemilik nama lengkap Zairosminan Abdul Rahman itu, kereta berkenaan baru sahaja diambil dari bengkel selepas selesai ‘overhaul’ di Ampang.
“Syukur, Alhamdulillah. Saya, isteri dan anak selamat, sempat keluar dari kereta yang terbakar.
“Balik dari makan malam di Puncak Alam bersama dengan rakan-rakannya, sekitar jam 11 malam, ada kereta bunyikan hon beritahu kereta sudah terbakar.
“Tak nampak pun ada api di bawah (kereta) tu sebab kita sedang memandu. Api itu di bawah dan ke belakang. Jadi, tak nampak.
“Dah ada kereta hon, barulah nampak ada api. Nak berhenti di tepi jalan, brek pula tak berfungsi.
“Nasib baik brek tangan masih okey,” ceritanya mengimbas kembali detik cemas yang nyaris meragut nyawanya sekeluarga itu.
Rata-rata warganet dan rakan selebriti merakamkan rasa syukur san mendoakan Roy serta keluarga dilindungi daripada segala musibah.
@bharianmyPelakon, Roy Azman bersama isteri dan anak bongsunya terselamat selepas kereta dinaiki mereka terbakar ketika melalui sebuah lebuh raya.
Baca:
Kena cepat! 10 juta rakyat layak mohon duit eMADANI, ini ringkasan dan cara mohon
Geran RM20,000 untuk anak muda, tanam padi 5 musim antara inisiatif setahun menteri KPKM