Realtime website trackingweb stats

Kerang masak cili ‘kick’ ala Sheila Rusly, sekali masak, pasti buat lagi

Oleh NOR SITI HAZLINDA

Untuk anda yang suka makanan laut, dalam artikel ini anda boleh menggunakan resepi Kerang Masak Cili ala Sheila Rusly yang dikongsi oleh saudari Nur Kasih Fiezaimi Fiza.

Ia mudah dan tidak memerlukan bahan yang banyak.

Sesuai dimakan dengan nasi atau sebagai hidangan sendiri untuk membuka selera.

Kerang masak cili 'kick' ala Sheila Rusly, sekali masak, pasti buat lagi

Sekali mencuba pasti akan puas hati.

Selepas mencuba sekali, pasti akan teringin untuk masak lagi dan lagi.

Bahan-bahan:

• Kerang
• 2 batang serai – hiris halus panjang
• Sos tiram – beli online disini
• Sos cili – beli online disini
• Serbuk cukup rasa
• Lada benggala – jika suka
• Minyak untuk menumis

Bahan kisar:

• 2 biji bawang besar – beli online disini
• 4 ulas bawang putih – beli online disini
• 1 inci halia
• 2 tangkai cili merah
• 7-8 biji cili padi merah

Cara masak:

1. Panaskan air hingga mendidih, kemudian masukkan kerang yang sudah dibasuh bersih. Masak selama 3 minit (pastikan kerang tidak terbuka).

2. Setelah 3 minit, angkat kerang dan letakkan dalam bekas yang berisi ais.

3. Pecahkan kulit kerang dan buang sebahagian.

4. Panaskan minyak dalam kuali. Tumis serai yang telah dipotong halus sehingga harum.

5. Tambahkan bahan-bahan yang telah dikisar. Tumis lagi hingga minyak pecah.

6. Kemudian, masukkan sos tiram, sos cili, dan gula secukupnya. Gaul rata.

7. Setelah tumisan pecah minyak, masukkan kerang. Kacau rata supaya kerang terbalut dengan sos.

8. Tambahkan lada benggala yang telah dipotong. Masak sehingga lembut.

9. Angkat dan hidangkan Kerang Masak Cili dengan nikmat.

Selamat mencuba!

Baca:

‘Tolong parking tempat lain’ – Rupanya dah jadi trend orang flat bagi nota berebut tempat letak kereta

“Okay mummy naikkan …” – Untung Aaisyah apabila Che Ta bermurah hati bagi ini

“Saya rasa …” – Tunang tiba-tiba beli rumah sebelah rumah ibu sendiri, wanita dilema pilih kerjaya atau ikut kata pasangan