Orang lain makan nangka, orang lain yang kena getah.
Mungkin itu pribahasa paling tepat menggambarkan sebuah kejiranan yang sedang menghadapi ancaman Ah Long akibat seorang peminjam dari tamannya.
Kisah ini telah menarik perhatian apabila ditularkan di media sosial.
Gambar kereta, pagar dan halaman rumah disimbah cat merah oleh Ah Long sehingga mengamcam seluruh kejiranan agar memaksa tuan sebuah rumah di situ membayar hutang.
Ah Long turut meninggalkan sekeping nota mengugut untuk membakar rumah tersebut jika jiran-jirannya tidak mahu membantu.
Keadaan ini sekaligus menimbulkan keresahan dalam kalangan jiran-jiran yang lain selain turut mengalami kerosakan harta benda.
Masih lagi tiada info di mana kejadian ini berlaku, tetapi dari gambar yang dikongsikan oleh @Nadiazaman___, kita dapat melihat beberapa rumah mengalami kesan akibat perbuatan jiran yang tidak membayar hutang kepada Ah Long.
Tambahan pula, Ah Long juga memberikan peringatan kepada jiran-jiran tersebut supaya mengingatkan jiran mereka untuk melunaskan hutang-hutang yang belum dibayar.
βNi notis buat korang sebab jiran korang rumah no.* punya hutang sama kami. Tapi tak mahu bayar, korang sebagai jirannya korang suruh rumah No. * itu call kami dan settle kan hutang-hutangnya kalau tak korang juga ikut sama,β kata kertas amaran yang diedarkan.
Setakat laporan ini ditulis tiada apa-apa kenyataan daripada pihak berkuasa.
Menakutkan MO Along sekarang ni, jiran tak bayar hutang, sampai jiran2 sebelah kena simbah cat, ugut nak bakar rumah π₯ pic.twitter.com/MXHNc8tn50
— Nadia π²πΎπ (@nadiazaman__) January 25, 2024
Baca:
Suami rajin sidai baju atas BMW merah, luahan βsyukurβ wanita ini dipertikai
Jarang bomba puji orang awam β Pemandu lori kontena, bas pun ikut arahan lelaki ini