Seorang lelaki yang menjalankan kegiatan paranormal berkongsi kisah beliau yang sanggup ke luar negara semata-mata mahu menjejak hantu.
Walaupun ada pihak menyifatkan ianya sebagai kerja gila, namun kerana minat, beliau tidak mengindahkan apa yang diperkata orang asalkan matlamatnya tercapai.
Solo Ambush bukanlah nama asing di kalangan peminat penjejak paranormal sejak lima tahun kebelakangan ini malah dianggap sebagai sifu konten hantu.
“Solo Ambush sorang je tak lari bila nampak hantu,” kata Efendi.
Pada 2019, Hanizamal Abu Hanifah, 45, pernah melakukan misi secara solo di Hutan Bunuh Diri Aokigahara, Jepun.
Menurutnya, misi itu amat istimewa kerana kali pertama dia meneroka lokasi berhantu di luar negara sejak aktif dalam aktiviti penyiasatan entiti.
“Saya mengambil masa selama dua bulan untuk mengumpul wang bagi menjayakan misi berkenaan dan sebahagiannya diperoleh hasil sumbangan pengikut di Facebook.
“Saya tak fikir ini kerja gila sebaliknya teruja kerana dapat keluar daripada zon selesa,” katanya kepada media.
“Sebenarnya, ada beberapa lokasi yang menjadi pilihan saya, namun saya memilih Aokigahara,
Jepun selepas mengambil kira faktor jarak dan kos perbelanjaan sepanjang berada di sana,” katanya yang pernah bertugas sebagai pengurus jurutera di Vietnam.
Berkongsi pengalamannya ketika menjayakan misi berkenaan, Solo Ambush berkata, kedatangannya ke situ mengejutkan penduduk tempatan kerana tiada siapa berani menghampiri kawasan berkenaan melainkan mereka yang memasang niat untuk membunuh diri.
Namun, misi bapa tiga anak itu berjalan lancar dan tidak sia-sia kerana berjaya merakam gambar hantu selain suara ketika berada di dalam hutan yang mendapat jolokan Suicide Forest.
“Sehari selepas tiba di Jepun, saya terus ke Aokigaraha bagi meninjau dan memeriksa kawasan itu.
“Berdasarkan tinjauan, saya bahagikan kawasan kepada empat zon mengikut tahap keseraman dan liputan Internet bagi memudahkan perjalanan serta proses rakaman dilakukan.
Walau bagaimanapun, tiada penampakan atau kelibat yang beliau temui tetapi ada terdengar suara orang meraung.
Baca :
Rupanya rakyat Palestin diberi nikmat paling sedap di dunia, orang lain pintu masjid pun tak kenal
Data tunjukkan ‘Penyondol’ antara punca perceraian meningkat di Perlis – JAIPs