Realtime website trackingweb stats

Kerak hitam pada kuali dan periuk boleh putih berkilat dengan bahan ini

Oleh NOR SITI HAZLINDA

Apabila kita memasak sambil melakukan tugas lain, risiko untuk makanan hangus memang ada.

Kadang-kadang kita lupa bahawa makanan masih di atas dapur sedang panas.

Apabila kita sedar, semua sudah hangus.

Kerak hitam pada kuali dan periuk boleh putih berkilat dengan bahan ini

Kesan hangus ini agak sukar untuk dihilangkan tetapi terdapat cara yang boleh dicuba untuk mengatasi masalah tersebut.

Ia lebih berkesan daripada mencuci dengan sabun dan air seperti biasa.

1. Garam

Cara untuk membersihkan periuk sangat mudah.

Panaskan air dalam periuk yang ada kesan melekat, kemudian tambahkan sedikit garam.

Rendam sebentar, lalu gosoklah dengan sudip untuk menghilangkan kesan yang melekat pada periuk tadi.

2. Cuka

Masukkan cuka ke dalam periuk, kemudian panaskan sehingga mendidih.

Matikan api dan biarkan periuk sejuk sepenuhnya.

Selepas itu, gosoklah periuk sehingga bersih.

3. Soda bikarbonat

Masukkan cuka ke dalam periuk, kemudian panaskan sehingga mendidih.

Matikan api dan biarkan periuk sejuk sepenuhnya.

Selepas itu, gosoklah periuk sehingga bersih.

4. Lemon

Lemon juga boleh digunakan sebagai pencuci yang berkualiti tinggi.

Caranya sangat mudah.

Anda hanya perlu potong lemon dan dididihkan bersama kulitnya.

Biarkan sejuk selama 3-4 jam dan gunakan untuk membersihkan periuk seperti biasa.

5. Kulit Ubi Kentang

Jika periuk anda ada kesan hangus yang pekat, anda boleh gunakan kulit ubi kentang.

Cara untuk melakukan ini adalah dengan meletakkan kulit ubi kentang ke dalam periuk dan isi dengan air sehingga menutupi kesan hangus tersebut.

Kemudian, panaskan air sehingga mendidih.

Dengan begitu, kesan hangus pada periuk itu akan terkelupas dengan sendirinya.

6. Asam jawa

Ambil sedikit asam jawa dan masukkan ke dalam kuali atau periuk yang hendak anda cuci.

Tuangkan sedikit air dan biarkan mendidih di atas api sekejap.

Biarkan sejuk dan gosok permukaan kuali atau periuk menggunakan asam jawa tersebut sehingga kesan hangus hilang.

Semoga info ini bermanfaat.

Baca:

Waris guna duit pampasan bina masjid, simbol penghormatan kepada mangsa MH17

Waktu bersahur tanpa baca doa ini amat rugi, macam lepas peluang keberkatan Ramadan

Tips naik bas supaya perjalanan jauh lebih selesa, no 3paling penting