Realtime website trackingweb stats

Keperluan atau nafsu? Ini senarai harga baju raya ‘taste’ T20

Oleh NOR SITI HAZLINDA

Tidak lama lagi, kita akan menyambut Hari Raya Aidilfitri dan sudah tentu ramai orang sudah mula bersiap sedia mencari pakaian baru untuk raya.

Jadi, kami ingin berkongsi dengan anda beberapa pakaian raya yang harganya mungkin terlalu mahal untuk anda.

Mari kita lihat beberapa senarai baju raya eksklusif dan mewah untuk tahun ini.

Keperluan atau nafsu? Ini senarai harga baju raya 'taste' T20

1. Teja, Rizman Ruzaini

Pakaian Teja dari Rizman Ruzaini ialah pakaian paling mahal untuk tahun ini kerana harganya adalah RM13,800.

Ia boleh didapati dalam 5 saiz dari XS hingga XL, dan anda juga boleh menyesuaikan pakaian ini mengikut saiz anda.

2. Lotfia in Ivory Teal, FIZIWOO

Baju mini kurung moden daripada FIZIWOO dijual pada harga RM4,200 dengan kuantiti yang terhad, menjadikannya tidak biasa.

Bagi pengetahuan anda, semua baju ini telah dijual habis.

3. Alba Kurung, Alia Bastamam

Baju kurung dari jenama Alia Bastamam yang mempunyai corak unik ini dijual dengan harga RM2,800 dan hanya tersedia dalam satu warna.

Terdapat 5 saiz yang boleh dipilih, tetapi menurut kajian kami, saiz XL sudah habis terjual.

Pastinya, baju-baju ini mempunyai ciri-ciri istimewa yang membuatnya bernilai tinggi.

Baca:

Nasib terbela! Pembunuh 23 penghuni tahfiz kekal dalam ‘lokap’

Ini nasib lesen operasi syarikat edar stoking kalimah Allah, ramai puji tindakan tegas kerajaan

Petua simpan tauhu supaya tahan lebih lama dalam peti ais