Siap sudah saya bakar ayam dengan yogurt dalam air fryer untuk dicicah pada waktu petang.
Tetapi saya lebih suka makan bersama dengan roti pita dan ayam yang telah dibuang tulangnya dan dipotong kecil-kecil.
Bahan-Bahan:
• 8 keping kepak ayam dipotong dua menjadi drumette & wingette
• 2 inc halia diparut/kisar
• 2 ulas bawang putih diparut/kisar
• 2 1/2 sdm yogurt asli/mayonis
• 1 sdm sos lada hitam
• 1 sdm sos tiram
• 1 sdm kicap pekat
• 1 sdm madu
• 1 sdm minyak masak/butter
• 1/2 sdk herba kegemaran (akak guna thyme)
• 1/2 sdk serbuk cili
• 1/2 sdk garam
Cara memasak:
1. Rendam sayap ayam dengan bahan-bahan di atas selama 1 jam atau lebih baik semalaman.
2. Panaskan air fryer pada suhu 160 darjah Celsius dan masak sayap ayam selama 15 minit.
Balikkan sayap ayam, naikkan suhu ke 180 darjah Celsius dan masak lagi selama 8-10 minit atau sehingga sedikit garing.
3. Sajikan sayap ayam dengan sos kegemaran anda.
Jika menggunakan oven, panggang pada suhu 180 darjah Celsius selama 30 minit atau sehingga masak.
Anda juga boleh menggunakan ‘magic pan’.
Sumber: 71keroroyz
Baca:
Mak Shila Amzah dah mula luah rasa rindu, ini nasihat netizen kepada Mamazie
Orang Penang buat hal! Lelaki ini pecah rekod makan tak ingat dunia dalam masa 55 minit
Ramai puji sikap pemurah rakyat Malaysia, sanggup bagi bantuan secara percuma kes langgar lari