Realtime website trackingweb stats

Kenapa pula dengan Fazura, tiba-tiba ungkap “sukar untuk saya bahagia hari ini”

Oleh FATIN AQILAH

“Sukar untuk saya rasa bahagia hari ini”

Begitulah kata-kata dari Nur Fazura, seorang artis cantik, yang tiba-tiba menitip sesuatu berkaitan dengan iau yang sedang melanda umat Islam ketika ini.

Sebenarnya ungkapan itu merujuk kepada penderitaan Umat islam di Gaza yang sedang berhadapan dengan kekejaman Zionis.

“Sukar untuk saya rasa bahagia hari ini, memikirkan para ibu di Gaza yang kehilangan anak,” katanya.

Fazura, atau nama sebenarnya, Nur Fazura Sharifuddin, yang berusia 39 tahun, mengakui bahawa dia memikirkan perkara ini apabila melihat anak perempuannya, Fatima, tersenyum gembira.

Ini kerana ramai ibu di Palestin mengalami penderitaan dan kesedihan kerana anak-anak mereka menjadi mangsa kekejaman zionis.

“Anak saya tersenyum sedangkan saya memikirkan kaum ibu di Gaza yang telah kehilangan anak.

“Kini, mereka sedang menghiburkan anak-anak mereka yang cedera akibat serangan berterusan oleh zionis.

“Sukar untuk benar-benar rasa bahagia hari ini,” katanya dalam satu hantaran InstaStory baru-baru ini.

Terlebih dahulu, dia turut mengambil bahagian dalam perhimpunan solidariti dengan mengibar bendera Palestin semasa menghadiri konsert Coldplay baru-baru ini.

Fazura kini adalah salah seorang selebriti tempatan yang sentiasa berkongsi mengenai penderitaan rakyat Palestin dan pelbagai tindakan zalim Israel melalui akaun Instagramnya.

Sejak perang yang bermula pada 7 Oktober yang lalu, Kementerian Kesihatan yang dikawal oleh Hamas di Gaza melaporkan lebih daripada 15,500 orang telah terbunuh di kawasan tersebut.

Lebih daripada separuh daripada jumlah tersebut adalah wanita dan kanak-kanak.

Baca:

Kami tak ada benci atau suka satu sama lain”-Jovian bercerai dengan anak Ismail Sabri

Kerana seekor burung, jet pejuang Korea Selatan ditamatkan khidmat, kos baiki hampir RM500 juta

Sempat hantar video kepada keluarga, wajah pendaki wanita ini penuh debu dan sesak nafas sebelum rebah