Ikut hati mati, ikut rasa binasa, ikut nafsu lesu. Itu yang berlaku pada seorang bapa lima anak yang ‘terjebak’ dengan bahana aplikasi MiChat.
Gara-gara aksinya kira-kira pukul 1.20 pagi di Batu Berendam, dalam daerah Melaka Tengah, pada 9 Oktober lalu, dia bakal dipenjara 20 tahun.
Mengejutkan, mekanik berumur 43 tahun tersebut berjumpa dengan remaja berkenaan di lokasi kejadian hanya baru dua hari berkenalan menerusi aplikasi itu.
Tidak cukup dengan itu, dia dikenakan hukuman sebat selepas mengaku salah di Mahkamah Sesyen, di Melaka, 13 Oktober 2023 atas pertuduhan memeluk seorang remaja perempuan dalam keadaan tidak berbaju.
Perbuatannya pada 9 Oktober lalu itu dilakukan ke atas seorang remaja perempuan berusia 17 tahun dan 9 bulan bagi maksud seksual.
Lantaran mangsa tidak cukup umur 18 tahun, lelaki itu dihukum di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017.
Hakim Darmafikri Abu Adam bagaimanapun menangguhkan hukuman terhadap tertuduh pada 28 November ini bagi menunggu laporan fakta kes daripada pihak pendakwaan.
Terdahulu, pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, N. Sivashangari, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Baca :
Tekun mengajar kanak-kanak mengaji di Jepun, pemuda ini dianggap suami idaman
Siti Nurhaliza dinasihat peminat, tapi lucu pula tak pasal-pasal nama Aina Abdul kena ‘petik’