Realtime website trackingweb stats

‘Kena tambah juga di Johor’ – Rupanya Malaysia dah ada stesen minyak tanpa subsidi khusus untuk warga asing

Oleh FATIN AQILAH

Ramai menuntut supaya stesen minyak tidak bersubsidi khusus untuk warga asing juga dibina di Johor.

Reaksi warganet itu selepas dimaklumkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan berkenaan kelulusan cadangan pembinaan dua stesen minyak sedemikian.

Dua stesen minyak tanpa subsidi di Kelantan itu terletak di pekan Rantau Panjang dan di Jeli yang kini dalam proses untuk kelulusan.

'Kena tambah juga di Johor' - Rupanya Malaysia dah ada stesen minyak tanpa subsidi khusus untuk warga asing

Pengarah KPDN Kelantan, Azman Ismail berkata, kewujudan dua stesen minyak tanpa subsidi itu diharap dapat mengatasi isu warga asing berebut mengisi minyak di mana-mana stesen di negeri itu.

Kewujudan stesen minyak tanpa subsidi itu juga diharap dapat mengatasi masalah penyeludupan petrol atau diesel ke negara jiran.

Rupanya negara kita sudah ada stesen minyak seperti itu di Padang Besar, Perlis.

Malah, langkah bijak dalam memastikan subsidi petrol dan diesel tidak dikaut warga asing telah lama dilakukan di Brunei.

“Pernah kena di Brunei. Nak isi minyak, kena pergi stesen khas untuk bukan warganegara Brunei.

“Dah lah di hujung-hujung Brunei. Zaman tu pula Waze tak wujud lagi,” cerita Muie Muhy pula.

Masalah ketirisan bahan api bersubsidi di Johor begitu berleluasa sejak sekian lama.

Kenderaan bernombor pendaftaran Singapura dilihat selamba sahaja mengisi petrol RON95 di stesen minyak sekitar Johor.

Baca:

SST naik bukan alasan, peniaga bazar usah ‘cekik darah’ sebab penguat kuasa KPDN akan berkeliaran!

Rangup & cair di mulut, resipi biskut bangkit jadi pilihan ramai di pagi raya

Pemaju hartanah swasta terbesar China bergelut masalah kewangan, ini nasib menimpa Forest City