Realtime website trackingweb stats

Kena penjara sebulan selepas rembat telefon bimbit dan dompet, tak sangka ini rayuan si wanita muda

Oleh ABDULLAH HAMID

Seorang wanita muda tak berbaloi mencuri apabila dihukum penjara selama sebulan selepas merembat telefon bimbit dan dompet.

“Saya nak bebas…nak balik rumah.” Itu rayuan Nur Munirah Azwa Muhamad Rapi, 20, yang berhadapan dua pertuduhan mengikut Seksyen 414 dan Seksyen 380 Kanun Keseksaan.

Tidak diwakili peguam, dia mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Batu Pahat, 28 Februari lalu, selepas pertuduhan dibaca berasingan di hadapan Majistret Suhaila Shafi’uddin.

Kena penjara sebulan selepas rembat telefon bimbit dan dompet, tak sangka ini rayuan si wanita muda

Dia dituduh memiliki harta curi termasuk ‘merembat’ dompet dalam dua kejadian berasingan.

Berdasarkan pertuduhan, Nur Munirah didakwa memindahkan harta curi berupa telefon bimbit milik seorang wanita berusia 25 tahun.

Tertuduh kemudiannya menjual harta curi itu di sebuah kedai telefon di Jalan Besar, Rengit, pada jam 5 petang, 8 Februari lalu.

Untuk pertuduhan tersebut, dia didakwa melakukan kesalahan yang boleh dihukum mengikut Seksyen 414 Kanun Keseksaan, penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya.

Bagi pertuduhan kedua pula, dia didakwa mencuri dalam bangunan iaitu dompet mengandungi wang tunai milik wanita berusia 34 tahun di Jalan Idrus, di Batu Pahat, pada jam 8.30 pagi, 21 Februari lalu.

Kesalahan tersebut membolehkannya dihukum mengikut Seksyen 380 kanun sama, iaitu penjara selama 10 tahun dan denda manakala kesalahan kedua, boleh dipenjara dan hendaklah juga dikenakan denda serta sebatan.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Farah Wahidah Mohd Sharip manakala tertuduh

Sebelum itu, pihak pendakwaan memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal sebagai pengajaran kepada tertuduh dan juga orang lain.

Mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman penjara sebulan bagi pertuduhan pertama dan kedua serta mengarahkan ia dijalankan bermula dari tarikh tertuduh ditahan 21 Februari lalu.

Baca:

Ini ibu bapa perlu tahu garis panduan pakaian sekolah sesi akan datang ketika cuaca panas melampau

Masak ketika maghrib dengan pintu terbuka, ibu husnudzon kuetiau goreng tiba – tiba ‘menghitam’

Tak perasan pun dah ‘kena’, bangun dari sujud badan macam tak seimbang, penyakit ini jangan dipandang remeh