Realtime website trackingweb stats

Kena berjalan sejam lepas makan sekeping roti canai, ini 6 sebab kenapa jangan duduk saja

Oleh NUR KASIH

‘Masalah’ majoriti masyarakat kita ialah makan banyak tetapi malas bersenam hatta berjalan kaki 30 minit setiap hari untuk bakar lambakan kalori yang masuk ke badan.

Akibatnya, sebanyak 50 peratus penduduk Malaysia menghidap sekurang-kurangnya satu penyakit tidak berjangkit (NCD) iaitu tekanan darah tinggi, kencing manis dan kolesterol tinggi.

Padahal, pakar pemakanan memberi contoh, untuk membakar kalori untuk sekeping roti canai, kita perlu berjalan 60 minit tanpa henti sejauh 4.8 kilometer.

Kena berjalan sejam lepas makan sekeping roti canai ini 6 sebab kenapa jangan duduk saja

Ini 6 sebab kenapa rakyat Malaysia perlu buang tabiat malas berjalan setiap hari:

1. Membantu mencegah penambahan berat badan

Berjalan membantu membina otot tanpa lemak, membuang lemak dan meningkatkan metabolisme.

Semakin laju langkah dan lama berjalan, semakin banyak kalori dibakar.

Namun, pada masa sama anda perlu mengekalkan berat badan dengan mengamalkan diet yang sihat.

2. Mengurangkan risiko kanser

Berjalan di luar di bawah sinar matahari sekurang-kurangnya 15 minit sehari memberi tubuh anda vitamin D yang mencukupi.

Kajian American Cancer Society mendapati, wanita yang berjalan lebih tujuh jam seminggu mempunyai risiko 14 peratus lebih rendah mendapat kanser payudara.

3. Meningkatkan sistem imun

Berjalan dengan jarak sederhana antara 30 hingga 45 minit setiap hari meningkatkan sel-sel sistem imun badan.

Kajian dijalankan Appalachian State University Boone, North Carolina, penyelidik mendapati tahap peningkatan imuniti individu tetap aktif untuk beberapa jam selepas bersenam dan ia mempunyai kesan kumulatif dalam melindungi sesuatu penyakit dari masa ke masa.

4. Meringankan tekanan dan meningkatkan ‘mood’

Senaman walaupun berjalan dengan kadar yang sederhana, membantu merangsang penghasilan endorfin di dalam badan.

Berjalan di luar rumah terutama di kawasan penuh kehijauan sambil menghirup udara bersih boleh membantu mengurangkan tekanan dan meningkatkan tahap tenaga anda.

5. Menajamkan fungsi otak

Bersenam aerobik meningkatkan kesihatan otak dan ketajaman pemikiran.

Kajian mendapati melakukan latihan sebelum mengambil ujian membantu meningkatkan masa reaksi pada orang dewasa muda dan prestasi keseluruhan pada ujian standard.

Fungsi kognitif dalam kalangan warga emas juga bertambah baik. Selain itu banyak berjalan dapat meningkatkan fungsi memori.

6. Mengurangkan risiko diabetes

Berjalan dengan kadar yang sederhana membantu mengekalkan dan menstabilkan tahap gula dalam darah terutama kepada penghidap diabetes jenis dua.

Ia mengurangkan risiko diabetes bagi lelaki dan wanita mempunyai berat badan berlebihan.

Fakta berjalan 10,000 langkah:

* Berjalan 10,000 langkah = 6.5 kilometer (380 kalori)

* Berjalan 1 kilometer = 1200 langkah

* Secara purata 1 minit = 100 langkah

* Berjalan 10,000 langkah sehari secara berterusan mengurangkan 64 gram lemak.

* Untuk membakar kalori untuk sekeping roti canai – perlu berjalan 60 minit tanpa henti sejauh 4.8 kilometer.

Baca:

Mangga terlebih masak jangan dibuang, ini cara mudah buat agar-agar mangga yang sedap

Budak di kedai ditanggalkan baju dan ditampar, inilah rupa pendudukan tentera

Tak duduk dalam kasut, cara Neelofa & Nabil respon luahan ‘caller’ raih kritikan warga maya