Penyanyi Nabila Razali menyatakan bahawa dia mendapat sokongan sepenuhnya daripada suaminya, Nik Iruwan, untuk melanjutkan kerjaya dalam bidang nyanyian.
Untuk terus berkembang dalam kerjaya seni, Nabila atau Nabila Mohd Razali, yang berusia 31 tahun, menceritakan bahawa suaminya telah mencadangkan agar dia menyertai kelas nyanyian untuk mempertingkatkan lagi bakatnya.
“Dia (Nik) selalu cakap, jika awak mahu menjadi seorang penyanyi yang bagus, kena perbaiki diri sendiri.
“Dia juga ada cakap supaya saya pergi kelas nyanyian sebanyak yang mungkin dan sentiasa bekerja keras. Itu yang dia tekankan,” katanya seperti dilapor mStar.
Nabila menceritakan perkara itu semasa pelancaran lagu terbaru yang bertajuk “Hanya Kamu” dan kerjasama dengan jenama tudung Nada di Kuala Lumpur pada hari Khamis.
Pada masa yang sama, penyanyi lagu “Peluang Kedua” ini mengakui bahawa dia masih menerima kritikan berhubung nyanyiannya.
Tetapi sekarang, segala perasaan sedih yang saya rasa boleh saya kongsi dengan suami.
Apabila bercakap tentang kerjaya seni, saya bersyukur kerana suami sentiasa memahami kesibukan jadual saya sebagai seorang penyanyi dan pelakon.
Malahan, saya tidak merancang untuk mengakhiri kerjaya ini setelah menjadi isteri.
“Saya bersyukur sangat dapat seorang suami yang sangat memahami dengan kerjaya, masa dan juga cara saya bekerja.
“Saya tidak mahu jadikan status ini sebagai satu alasan untuk tidak bekerja atau kurangkan pekerjaan.
“Rezeki ini datang dengan pelbagai cara, mungkin kurang berlakon tapi banyak menyanyi dan juga sebaliknya,”
Untuk makluman, Nabila kini sah menjadi isteri dengan sekali lafaz kepada usahawan Nik Iruwan Nik Izani yang berusia 38 tahun pada 18 November lalu.
Majlis perkahwinan pasangan ini diadakan di The Chateau Spa & Wellness Resort, Pahang secara tertutup, dihadiri oleh ahli keluarga dan rakan-rakan rapat sahaja.
Baca:
“Kalau macam ni, dapat RM100 e-dompet MADANI kena bayar balik duit pinjam Nur Nilam Sari”
“Aku bangga ayah kerja driver” – Adik ni buat lelaki bergelar bapa confirm menangis