Realtime website trackingweb stats

Kempen #PNGagal dapat sambutan pengguna laman sosial

Oleh ADINDA

Sejak semalam bermula kempen #PNGagal di laman-laman sosial dan mendapat sambutan yang luar biasa dengan liputan gambar yang dikongsikan di media sosial sejak 5 petang semalam telah mendapat lebih daripada dua ribu perkongsian.

Kempen yang dimulakan Pemuda Amanah Selangor digerakkan dengan cara perkongsian gambar dan tanda palang #PNGagal di facebook, twitter dan tiktok disambut hebat oleh para pengguna laman sosial tersebut termasuk yang bukan daripada kalangan ahli atau penyokong Amanah.

Danial Al-Rasyid

Kempen ini turut mendapat sokongan di pelbagai negeri lain seperti Melaka, Johor, Pahang dan juga Kelantan. Ketua Pemuda AMANAH Selangor, Danial Al-Rasyid dalam satu kenyataannya menyeru kepada semua rakyat , warga budi negara supaya sama-sama menghantar mesej #PNGagal sebagai tanda solidariti kita kepada rakyat dan Negara.

Kesombongan kerajaan gagal ini terlihat jelas di dewan rakyat apabila cadangan dari 46 pakar kesihatan awam ditolak 7 bulan lepas dan baru kini hendak dilaksanakan, kata Danial.

Tambah Danial, kerajaan dengan mudah menjawab “better late then never”. Sedangkan ribuan nyawa mangsa Covid terkorban, ditambah dengan kes bunuh diri yang semakin bertambah.

“Inilah kerajaan yang paling gagal, sombong dan angkuh!”

Sebahagian sokongan dari Melaka

Terdahulu, pagi tadi ahli-ahli parlimen pembangkang berkumpul di hadapan jalan menuju ke Parlimen untuk masuk ke dalam seperti biasa tetapi dihalang oleh pihak Polis dengan penutupan jalan dan sekatan oleh pasukan simpanan persekutuan FRU yang lengkap dengan sebuah trak water cannon.

FRU dan Polis menyekat ahli parlimen daripada berjalan kaki masuk ke Dewan Parlimen