Hubungan aktor Salman Khan dengan kekasihnya, Somy Ali telah berakhir lama dahulu, iaitu pada tahun 1999, selepas lapan tahun bersama.
Walau bagaimanapun, aktres yang juga seorang model dan produser itu terus membuat pendedahan yang merosakkan reputasi pelakon ternama itu.
Terdahulu, dia mendedahkan tentang ayah Salman, Salim Khan, yang didakwa terlibat dalam kes keganasan domestik terhadap isterinya, Sushila Charak, selama bertahun-tahun.
Salman, yang mengetahui tentang penderaan mental dan fizikal yang berlaku terhadap ibunya, sebenarnya hanya berdiam diri.
Somy juga menyatakan keraguan tentang mengapa lelaki sering kali mengagungkan ayah mereka yang melakukan penderaan terhadap wanita sebagai contoh teladan.
Dalam berita terbaru, Somy mendedahkan kelakuan tidak baik terhadap bekas kekasihnya yang cuba memenuhi fantasi seks dengan menggunakan alkohol ke seluruh badannya.
Manakala Salman Khan memutuskan untuk tidak menjawab dakwaan tersebut dan lebih menumpukan perhatian kepada filemnya, Tiger 3.
Baca:
“Jangan playsafe sangat, nak lindungi Israel ke”- Komen pedas Fazura buat Angelina Jolie
Ada apa dengan air mineral? Ini 5 manfaat air mineral pada kesihatan kulit anda