Realtime website trackingweb stats

Kejar 10 malam terakhir Ramadan! Pesanan ustaz ini buat ramai terkedu

Oleh ARIF ABDULLAH

Menerusi perkongsian di TikTok, Ustaz Don berkata sekiranya umat Islam mengamalkan petua tersebut mereka akan memperoleh pahala bersamaan dengan lima kali khatam al-Quran untuk setiap malam.

Manakala, jika amalan itu dilakukan ketika malam Lailatul Qadar, pahalanya pula seperti khatam al-Quran sebanyak lima kali selama lebih 1,000 bulan.

Petua yang dimaksudkan adalah mengamalkan bacaan surah al-Fatihah sebanyak tiga kali, al-Zalzalah sebanyak dua kali, al-Kafirun sebanyak empat kali dan al-Ikhlas sebanyak tiga kali.

Kejar 10 malam terakhir Ramadan! Pesanan ustaz ini buat ramai terkedu

Masuk malam 10 terakhir Ramadan saya nak beri satu petua yang mana siapa buat insya-Allah pahala sekurang-kurangnya bersamaan khatam Quran lima kali dalam setiap malam.

Jadi jangan tinggal amalan ini baca setiap malam 10 terakhir dan jika kena pada malam Lailatul Qadar, dapat khatam Quran lima kali selama lebih 1,000 bulan.

Yang pertama, jangan tinggal baca surah al-Fatihah sebanyak tiga kali. Sebab Nabi Muhammad S.A.W bersabda satu al-Fatihah bersamaan dengan satu per tiga al-Quran.

Baca tiga kali sama macam khatam satu al-Quran. Selepas baca surah al-Fatihah baca surah al-Zalzalah sebanyak dua kali. Nabi bersabda surah ini sama dengan satu per dua al-Quran. Bila baca dua kalis serupa macam khatam Quran.

Kemudian, baca surah al-Kafirun sebanyak empat kali. Nabi bersabda satu surah al-Kafirun bersamaan dengan satu per empat al-Quran.

Jadi bila baca empat kali sama macam khatam satu al-Quran. Selepas itu baca, surah al-Ikhlas tiga kali.

Jumlahnya al-Fatihah tiga kali, al-Zalzalah dua kali, al-Kafirun empat kali, al-Ikhlas tiga kali bersamaan empat kali khatam.

Selain surah al-Fatihah dan tiga surah lazim, Ustaz Don turut berpesan untuk membaca surah Yasin sebanyak sekali yang mana ganjaran pahalanya bersamaan dengan 10 kali membaca al-Quran.

Yang terakhir baca surah Yasin sebanyak satu kali. Dalam satu hadis yang diriwayatkan sekali baca Yasin bersamaan dengan 10 kali baca Quran.

Subhanallah. Jumlah pahala macam khatam Quran sebanyak 14 kali untuk satu malam.

Mari kita berusaha untuk menghayati dan memaksimumkan ibadah kita dalam 10 malam terakhir Ramadan ini.

Semoga Allah memberkati usaha kita semua dan memperkenankan doa-doa kita di masa-masa yang mulia ini. Taqabbalallahu minna wa minkum.

@ddaniyaldbiyajid Petua Ulama’ 10 malam terakhir. #fyp #fypシ #fypシ゚viral #10malamterakhir ♬ original sound – ddaniyaldbiyajid – UDD

Baca:

Rupanya 126 sampel makanan di bazar Ramadan KL dicemari kuman, ini 3 ‘strain’ bakteria utama bukti tidak bersih

Litar Horizon Beranang dah nak siap, buat kerja tak banyak sembang tak macam MB Kedah

Tips beli baju raya bayi agar anak kelihatan selesa & bergaya