Rejim Zionis telah melakukan tindakan yang tidak berperikemanusiaan dengan menyerang Hospital al-Shifa di Bandar Gaza semasa bulan Ramadan minggu lepas.
Kejadian yang menakutkan itu telah diceritakan oleh seorang saksi yang dikenali sebagai Jamila al-Hisi yang berjaya melarikan diri dari kompleks perubatan tersebut.
“Golongan wanita yang berlindung di al-Shifa diperkosa, dibiarkan kelaparan, didera secara fizikal dan dihukum di luar undang-undang,” kata beliau dengan perasaan kecewa kerana Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa (ICRC) tidak mengambil sebarang tindakan.
Dia mengatakan bahawa tentera Israel juga memaksa 65 keluarga untuk meninggalkan kawasan berdekatan dengan kem itu.
“Kesemua mereka kemudiannya dibunuh dengan kejam apabila bangunan yang menjadi tempat berlindung kumpulan itu dibakar tanpa belas kasihan sebelum sempat mereka berpindah keluar.
“Kami tidak mempunyai seteguk air pun untuk berbuka puasa. Kami tidak tahu ke mana lagi mahu dituju,” katanya lagi sambil menambah kumpulan penduduk Gaza yang berada di pekarangan al-Shifa tiada makanan atau air minuman selama enam hari berturut-turut.
Wanita tersebut juga mendesak Persatuan Palang Merah agar menyediakan air bersih untuk kanak-kanak dan orang yang sakit kerana mereka terpaksa minum air yang tidak bersih dan makan makanan yang sudah rosak.
“Kami terperangkap ketika ofensif di al-Shifa terus diperhebatkan,” ujarnya dalam nada sebak.
Dalam berita yang mengejutkan, wanita yang sedang mengandung juga menjadi sasaran kekejaman rejim Zionis dan suami mangsa mengesahkan perbuatan jahat itu.
“Isterinya dipaksa menanggalkan pakaian dan kemudiannya dia dipukul. Dia merayu kepada mereka dan maklumkan sedang hamil lima bulan, namun langsung tidak dihiraukan tentera Israel.
“Selepas beberapa jam, wanita itu diheret di hadapan suami serta anak-anaknya lalu memperkosanya.
“Lebih kejam, mereka mengarahkan lelaki itu supaya tidak menutup mata dan saksikan sendiri isterinya ‘diratah’ atau akan ditembak jika tidak mengikut arahan tersebut,” lapor aktivis Palestin memetik kenyataan lelaki malang itu.
Baca:
Jasmine Suraya terpaksa jual kereta tanggung kos pengajian, ini reaksi Menteri Komunikasi
Untung berkali ganda, sikap tamak peniaga ‘mark up’ harga nasi di aplikasi Grab raih perhatian