Realtime website trackingweb stats

Kantoikan suami curang dengan pramugari, rupanya berselingkuh sejak awal berkahwin

Oleh AHMAD ISMAIL

Seorang pesohor TikTok mendedahkan di media sosial bahawa suaminya yang bertugas sebagai juruterbang, mempunyai hubungan suit dengan dua wanita lain.

Salah seorang daripada mereka ialah pramugari, lapor media Indonesia.

Ira Nandha mendedahkan perbuatan suaminya, Elmer Syaherman menerusi akaun Instagram peribadinya baru-baru ini.

Malah, tanpa berselindung lagi Ira berkongsikan perbualan mesra suaminya dengan pramugari itu dengan masing-masing memanggil ‘sayang’ antara satu sama lain.

Mereka juga saling menghantar gambar dan bertanya khabar antara satu sama lain.

Menerusi tangkap layar perbualan mereka, suaminya yang menggunakan nama Jaheerman pernah menyebut tentang kondom selain perbualan mesra dan ghairah lain.

Lebih malang lagi, Ira berkata, suaminya curang sejak di awal perkahwinan mereka tetapi dia tidak mendedahkan perbuatan lelaki itu selama empat tahun.

Menurutnya, Elmer enam kali berselingkuh iaitu lima kali dengan orang yang sama manakala sekali dengan orang lain.

Rata-rata warganet memberi sokongan kepada pesohor tersebut ketika si suami curang terhadap dirinya.

“Kuat kuat ya ibu (Ira) meskipun ini berat. Ambilah masa untuk ibu kembali pulih,” tulis seorang netizen.

Baca:

‘Daddy werk, baby jangan noti-noti!’ – Pempengaruh ini kongsi dua cara atasi pulih masalah bahasa rosak

“Yang kau pergi ‘sembah’ pelaburan di Telegram tu kenapa?” – Arash Mohammad

Memang betul, dah boleh pusing negeri Pantai Timur guna kereta elektrik, ini buktinya, siap kos cas sekali