Semalam, rakyat Malaysia berbangga dengan kejayaan beregu wanita utama negara, Pearly Tan-M. Thinaah, yang berjaya melangkah ke peringkat suku akhir di Sukan Olimpik Paris 2024
selepas menewaskan beregu wanita Indonesia, Apriyani Rahayu-Siti Fadia Silva Ramadhanti dengan kemenangan straight set 21-18, 21-9.
Namun, sebuah video yang tular di X menunjukkan situasi semasa sesi ‘break’ perlawanan semalam telah menarik perhatian ramai.
Dalam video tersebut, jurulatih Indonesia, Eng Hian, dilihat meluahkan kekesalannya terhadap prestasi beregu wanita tersebut.
Dalam video itu, Eng Hian kedengaran menegur Siti Fadia dan Apriyani mengenai gaya permainan mereka pada set kedua.
“Kamu sebenarnya mau apa di sini, aku juga tidak mengerti. Kamu di sini mau menang atau hanya nyaman-nyaman? Tidak jelas,” katanya dalam nada kecewa.
“Kalau mau buru-buru selesai, langsung salaman aja,” tambahnya.
Tindakan jurulatih tersebut menerima pelbagai komen daripada netizen, dengan ada yang bersimpati dengan nasib Apriyani dan Siti Fadia.
Mereka berpendapat tindakan tersebut tidak sepatutnya dilakukan kerana boleh melemahkan semangat pemain dan mungkin menjadi punca kekalahan teruk pada set kedua.
Namun, ada juga yang menyokong jurulatih tersebut, berpendapat Eng Hian mungkin kecewa dan malu dengan prestasi permainan beregu tersebut yang dianggap tidak memuaskan.
Apa-apapun, teruskan semangat dan jangan putus harapan. All the best untuk Prifad!
BACA: Rupanya ini cara guna aircond yang betul, no.4 tu ‘confirm’ bil tak melambung