Realtime website trackingweb stats

Kalau takut mati boleh pindah ke bawah tanah, ‘bandar hari kiamat’ dibuka untuk tempahan

Oleh NUR KASIH

Bagi mereka yang takut mati akibat Hari Pengadilan, sebuah ‘bandar hari kiamat’ di negeri Dakota Selatan, Pierre mungkin penyelesaian untuk anda.

Perumahan zaman kiamat itu dibuka untuk tempahan bagi orang ramai yang mahu hidup di dalam kubu bawah tanah (bunker) mewah ketika dunia berada dalam keadaan kacau-bilau.

Hanya bagi umat Islam, ini semua mengarut kerana tiada satu makhluk pun boleh terlepas daripada Hari Kiamat.

Bandar yang memanipulasi ketakutan orang yang tidak beriman kepada Islam ini terletak di kawasan pergunungan Black Hills.

Projek mengarut tetapi menguntungkan pemaju ini dikenali sebagai Vivos yang boleh menempatkan sehingga 10,000 orang di dalam 575 bunker.

Ia merupakan bekas tapak pangkalan tentera seluas 28.9 kilometer yang pernah digunakan untuk menyimpan bom dan senjata dari tahun 1942 hingga 1967.

Menurut Pengarah Eksekutif Vivos, Dante Vicino, permintaan untuk pemilikan bunker Vivos berkembang pantas impak pandemik dan ketidakstabilan politik dunia.

“Kesan daripada ancaman pandemik Covid-19, perang Ukraine serta risiko Perang Dunia Ketiga meletus dari Russia hingga ke China dan Asia Barat menyebabkan permintaan untuk pemilikan bunker Vivos berkembang pantas.

“Kita hidup dalam tempoh masa yang sangat berbahaya. Justeru, adalah menjadi satu keperluan untuk mempunyai penyelesaian perlindungan jaminan hayat,” katanya.

Bunker mewah itu menawarkan pelbagai keperluan menyerupai perbandaran termasuk gimnasium dan pawagam.

Unit sewaan pula dilengkapi dengan perabot asas termasuk sofa, meja kopi, dapur, peti sejuk, mesin basuh dan meja makan.

Baca:

Nekad keluar pukul 3 pagi, ini sebab Danial Akmal lari dari sekolah berasrama penuh

Gempar, baru tahu ‘suami’ seorang wanita selepas 3 hari kahwin

‘Man of the Year’ diminta buat propaganda menentang Hamas, netizen bimbang keselamatan Motaz