Realtime website trackingweb stats

Kalau tak nak cat kereta rosak gara-gara tahi burung, terus buat langkah ini!

Oleh NURAIMAN

Kalau kita parkir kereta di bawah pokok, masalah tahi burung melekat pada kereta memang sering berlaku.

Banyak orang membiarkan tahi burung itu terperap lama-lama tanpa menyedari bahaya yang membawa kepada kerosakan cat kereta.

Tahi burung sebenarnya bersifat asidik dengan pH antara 3 hingga 4.5 dan ia mengandungi lapisan sampah atau lacquer yang akan mengeras di sekeliling najis burung.

Menurut Armada Autowork, jika tahi burung tidak segera dibersihkan dan ia mengeras di atas kereta, lama kelamaan ia akan mengikis clear coat atau lapisan yang melindungi cat kereta

Jika dibiarkan terlalu lama, tahi burung boleh meresap ke dalam cat kereta dan menyebabkan kereta kelihatan kusam serta kehilangan kilauan.

Kalau tak nak cat kereta rosak gara-gara tahi burung, terus buat langkah ini!

Untuk mengelakkan masalah ini, langkah-langkah berikut perlu diambil jika terdapat najis burung pada kereta:

Cuci segera jika kereta terkena najis burung.

Jika najis burung telah mengeras, jiruskan dengan air terlebih dahulu dan biarkan ia lembut selama 4-6 minit.

Gosok perlahan-lahan menggunakan kain yang sesuai. Jangan terlalu kasar kerana boleh merosakkan cat kereta.

Jika kesan najis burung masih kelihatan, bahagian tersebut perlu dipolish oleh profesional yang mahir dalam penjagaan kereta.

Dengan mengambil tindakan awal ini, kita boleh menjaga penampilan cat kereta agar sentiasa kelihatan berseri dan terhindar dari kerosakan yang tidak diingini.

BACA: Betulkah durian boleh tenangkan fikiran, sesuai untuk orang yang susah tidur